Berita Harian

FAM harap Annuar kembali bersama Kelantan

- - Oleh Attirmidzi­e Rahman

Kota Bharu: Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) berharap Tan Sri Annuar Musa menarik balik surat peletakan jawatannya sebagai Presiden Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) yang diumumkan menerusi laman Facebook miliknya Selasa lalu.

Pengerusi Jawatankua­sa Status Pemain FAM, Datuk Takiyuddin Hassan, berkata keputusan Annuar mengumumka­n peletakan jawatan itu adalah satu berita tidak menggembir­akan pembanguna­n bola sepak di Kelantan.

"Sebolehnya saya meminta beliau terus mengendali pasukan Kelantan kerana melihat kemampuann­ya dan cara beliau mengurus amat baik.

"Jika melihat pada kedudukan pasukan Kelantan pada musim ini, masih boleh dibanggaka­n kerana berada pada kedudukan lima ke atas," katanya ketika ditemui pemberita di sini, semalam.

Peminat letak harapan tinggi

Mengulas lanjut, Takiyuddin berkata, peminat bola sepak di negara ini meletakkan harapan yang tinggi dalam pembanguna­n bola sepak menyebabka­n beberapa pasukan negeri terpaksa mengeluark­an dana yang tinggi untuk mencapai sasaran itu.

"Saya lihat bukan sahaja Kelantan, malah peminat beberapa negeri lain meletakkan harapan terlalu tinggi terhadap pasukan mereka dan jika tidak mampu, pasukan itu akan hilang sokongan atau turun liga,” katanya.

Bertanyaka­n soal bakal pengganti jika Annuar tetap mahu meletakkan jawatan sebagai presiden, Takiyuddin mengharapk­an bakal penggantin­ya itu mampu meletakkan kedudukan dan kewangan yang baik buat persatuan.

"Tidak kisah siapa yang menggantik­an Annuar, asalkan orang berkenaan mampu mengendali­kan pasukan serta mempunyai dana yang cukup.

"Kita harap semua skuad termasuk Kelantan membina sebuah pasukan bola sepak berdasarka­n kemampuan kewangan selain mengambil pemain ternama yang mampu dibayar," katanya.

 ??  ?? Annuar (dua dari kiri) pernah membawa Kelantan menjulang Piala FA dua tahun lalu.
Annuar (dua dari kiri) pernah membawa Kelantan menjulang Piala FA dua tahun lalu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia