Berita Harian

Semut Merah beralih ke Shah Alam

Tidak gunakan lagi Stadium Hang Jebat, Paya Rumput musim depan kerana kedudukann­ya jauh dari kawasan latihan

- Oleh Nazri Abu Bakar

PKNS FC tidak akan menggunaka­n Stadium Hang Jebat, Paya Rumput di sini, sebagai venue tuan rumah seperti pusingan pertama Liga Perdana musim ini, sebaliknya akan menjadikan Stadium Shah Alam sebagai gelanggang utama mereka pada saingan Liga Super musim depan.

Skuad Semut Merah hanya akan bertandang sebagai pasukan pelawat di Stadium Hang Jebat apabila dijadualka­n bertemu Melaka United (MU) yang juga tuan rumah di pentas Liga Super 2017.

Selepas mengharung­i lebih 12 perlawanan liga termasuk pada pusingan awal sehingga di pentas separuh akhir Piala FA di Stadium Hang Jebat, skuad berkenaan kembali menggunaka­n Stadium Shah Alam pada penghujung liga.

Bawa tuah

Pengurus pasukan PKNS, Mahfizul Rasydin Abd Rashid mengakui Stadium Hang Jebat memberi tuah buat skuad berkenaan termasuk mara ke final Piala FA buat julung kalinya sebelum tewas kepada Johor Darul Ta’zim (JDT) untuk muncul selaku naib juara.

“Bagi saya keserasian pemain di stadium berkenaan tidak dapat dinafikan, namun selepas kerja baik pulih Stadium Shah Alam siap, PKNS kembali menggunaka­n venue berkenaan.

“Kami membuat keputusan itu kerana stadium berkenaan lebih dekat dengan kawasan latihan dan memudahkan urusan rasmi mengikut situasi semasa,” katanya semalam.

Dalam kebanyakan aksi musim ini, PKNS terpaksa bermain di Stadium Hang Jebat berikutan Stadium Shah Alam menjalani proses baik pulih.

“Apapun di mana sahaja aksi pasukan tidak penting kerana apa yang paling utama pemain mampu memperaga persembaha­n terbaik di Liga Malaysia (Liga M) musim depan.

“Kami yakin Stadium Shah Alam mampu menjadi kubu kuat kami terutama menerusi sokongan padu peminat setia, berbanding ketika kami beraksi di Melaka,” katanya.

 ??  ??
 ??  ?? Stadium Hang Jebat juga ‘rumah’ buat Melaka United yang menyaksika­n skuad bimbingan Mat Zan Mat Aris muncul juara Liga Perdana 2016.
Stadium Hang Jebat juga ‘rumah’ buat Melaka United yang menyaksika­n skuad bimbingan Mat Zan Mat Aris muncul juara Liga Perdana 2016.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia