Berita Harian

4 tonggak T-team sertai Terengganu

- Oleh Faizul Azlan Razak

Kuala Terengganu: T-team kini pening kepala memikirkan nasib pasukan itu yang bakal kehilangan ramai tonggak utama mereka untuk menghadapi saingan Liga Malaysia (Liga M) musim depan.

Difahamkan skuad Penyu mahu mendapatka­n empat tonggak The Titans iaitu Mohd Nor Hakim Hasan, Mohd Asrol Ibrahim (tengah), Arif Fadzilah Abu Bakar (pertahanan kiri) dan Wan Ahmad Amirzafran Wan Nadris (pertahanan tengah).

Hantar srat

BH Sukan difahamkan, Persatuan Bola Sepak Negeri Terengganu (PBSNT) juga sudah menghantar surat kepada pengurusan T-team bagi mendapatka­n empat tonggak utama itu.

Sumber berkata, sebelum ini nama dua lagi tonggak utama The Titans, Muhammad Ilham Amirullah Razali (penjaga gol) dan pemain sayap kebangsaan, Mohamad Safawi Rasid turut berada dalam radar PBSNT.

Begitupun, katanya Mohamad Safawi dan Muhammad Ilham Amirullah membuat keputusan untuk berhijrah menyertai Johor Darul Ta’zim (JDT) dan FELDA United.

“Persiapan T-team untuk membentuk pasukan musim depan sedikit terjejas kerana mungkin kehilangan ramai tonggak utama.

“Sekarang, pasukan ‘abang’ Terengganu pula mahu mendapatka­n empat tonggak untuk diserapkan ke dalam skuad Penyu yang bersaing dalam Liga Perdana musim depan,” katanya semalam.

Sumber berkata, sepatutnya Tteam juga perlu dibentuk dan memperkema­skan skuad yang mantap kerana bersaing dalam Liga Super.

“Kita akui, Terengganu mahu membentuk pasukan yang mantap untuk kembali ke Liga Super, tapi perlu diingat T-team juga memerlukan pemain terbaik untuk memberi saingan sengit tahun depan,” katanya.

 ??  ?? Mohd Asrol (kanan) antara yang akan meninggalk­an T-team untuk bersama ‘abang’, Terengganu, musim depan.
Mohd Asrol (kanan) antara yang akan meninggalk­an T-team untuk bersama ‘abang’, Terengganu, musim depan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia