Berita Harian

Pasaran saham serantau, global kembali meningkat

Pelabur buat pusingan U, mula ‘jatuh cinta’ dengan Trump

- Oleh Shahrizan Salian Oleh Shahrizan Salian

Pasaran saham serantau, termasuk Malaysia, membuat pusingan U semalam apabila kembali meningkat selepas pasaran dilihat mula menerima kemenangan Donald Trump sebagai presiden baharu Amerika Syarikat (AS).

Di Malaysia, penanda aras FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) menokok 5.12 mata kepada 1,652.740 selepas dibuka tinggi pagi semalam.

Pasaran Tokyo ditutup 6.7 peratus lebih tinggi dengan kejatuhan yen yang disebabkan oleh pengukuhan dolar AS turut memberikan sokongan.

Bursa Saham Hong Kong pula meningkat 1.9 peratus, Shanghai naik 1.4 peratus, Sydney melonjak 3.3 peratus, Seoul naik dua peratus dan Taipei menokok 2.4 peratus.

Kenaikan juga dicatatkan di Eropah apabila pasaran London dan Paris masingmasi­ng menokok 0.7 peratus, manakala Frankfurt ditutup 0.6 peratus lebih tinggi.

Jejaki prestasi kukuh

Semua pasaran dilihat menjejaki prestasi kukuh semalaman di Wall Street yang menyaksika­n indeks Dow menokok 1.4 peratus, manakala S&P 500 dan Nasdaq keduaduany­a meningkat 1.11 peratus.

Pengukuhan mata wang AS bagaimanap­un menyebabka­n ringgit susut kepada RM4.2565 bagi setiap dolar pada jam 5 petang semalam.

Ketua Ahli Strategi Pasaran FXTM, Hussein Sayed, berkata selepas situasi panik yang berlaku apabila kemenangan Trump diumumkan, pasaran mula ‘jatuh cinta’ dengan presiden baharu AS itu.

Katanya, kemenangan Trump sebagai Presiden AS ke45 bukanlah satusatuny­a kejutan kelmarin, sebaliknya reaksi pasaran adalah lebih mengejutka­n.

“Reaksi sertamerta itu dilihat seperti versi Brexit 2.0, namun sesi dagangan pasaran kemudianny­a memperliha­tkan pusingan U dengan kembali pulih untuk mencatatka­n kenaikan mendadak. →

“Bon perbendaha­raan, mata wang dan komoditi semuanya bertindak balas dengan cara yang sama. Pemulihan pasaran yang sangat pantas disebabkan pelabur mula melihat kepada dasar fiskal,” katanya dalam satu nota.

Sementara itu, Presiden Persatuan Pelabur Malaysia (MIA), Datin Ho Choy Meng berkata, pelabur sewajarnya kekal bertenang dan bersedia untuk menghadapi apa saja situasi yang tidak menentu dalam tempoh terdekat ini serta tiada keperluan untuk membuat jualan panik.

Pilih saham yang mantap

Bagaimanap­un, katanya, jika pelabur mempunyai dana yang besar, mereka adalah digalakkan untuk memilih saham yang mantap dari segi asas pasarannya.

“Pasaran sudah pasti akan reda. Pelabur perlu menunggu sehingga Januari depan apabila presiden baharu itu akan memenuhi atau mengingkar­i janji kempennya, sama ada untuk kebaikan mahu pun keburukan.

“Ia satu lagi babak menarik kepada pelabur tempatan dan global. Di pasaran Malaysia, kita juga perlu mengambil kira faktor ekonomi dan politik yang boleh mempengaru­hi bursa tempatan,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia