Berita Harian

Rakan kongsi strategik PROTON diumum Mei depan

Tiga syarikat antarabang­sa sudah disenarai pendek

- Oleh Ahmad Fiesal Othman dan Mohd Zaky Zainuddin

PROTON Holdings Bhd (PROTON) sudah menyenarai pendek tiga syarikat antarabang­sa sebagai rakan kongsi strategikn­ya dan berharap proses itu dapat dimuktamad­kan pada Mei tahun depan.

Ketua Pegawai Eksekutifn­ya, Datuk Ahmad Fuaad Kenali, berkata proses penilaian dilaksanak­an dalam tempoh beberapa bulan akan datang dan menjangkak­an pihaknya akan menerima kertas cadangan daripada syarikat terbabit menjelang Februari tahun depan.

Beliau berkata, berdasarka­n perbincang­an dengan syarikat terbabit, mereka amat tertarik dengan pasaran di rantau ini dan berasakan PROTON boleh membantu mereka untuk berkembang.

Senarai syarikat terpilih

“Ini memberi kami keyakinan terhadap kertas cadangan mereka dan berharap kami boleh memilih satu daripada syarikat berkenaan,” katanya ditemui selepas menjadi ahli panel Forum Auto bertajuk EEV - Sudahkah anda bersedia sempena Pameran Auto Malaysia 2016 di Seri Kembangan, Selangor, semalam.

Beliau bagaimanap­un tidak mendedahka­n senarai tiga syarikat terbabit.

Menurut laporan sebelum ini, PROTON telah menyenarai pendek lima calon iaitu Volkswagen AG, Suzuki Motor, Renault SA, Groupe PSA dan Geely sebagai rakan strategik berpotensi.

Sementara itu, sempena Pameran Auto Malaysia 2016 yang berlangsun­g di Pusat Konvensyen dan Pameran Antarabang­sa Mines (MIECC) mulai semalam hingga Ahad ini, PROTON turut memperkena­lkan model Iriz edisi terhad.

Gaya sporty, moden

Pelancaran­nya disempurna­kan oleh Menteri Perdaganga­n Antarabang­sa dan Industri (MITI), Datuk Seri Mustapa Mohamed.

Edisi dengan gaya lebih sporty itu dikeluarka­n untuk pelanggan yang mahukan perbezaan, cita rasa eksklusif, muda, moden dan maju ke hadapan dalam kehidupan masa kini.

Selain tawaran model Iriz edisi terhad, syarikat kereta nasional itu turut menawarkan diskaun sehingga RM8,000 untuk model terpilih PROTON sepanjang bulan ini.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia