Berita Harian

Airasia tidak boleh pindah seluruh operasi ke KLIA

Kapasiti terminal tak mampu tampung keseluruha­n penerbanga­n

- Oleh Zanariah Abd Mutalib dan Noor Atiqah Sulaiman

Airasia Bhd tidak boleh memindahka­n seluruh operasi penerbanga­nnya ke Lapangan Terbang Antarabang­sa Kuala Lumpur (KLIA) kerana kapasiti terminal KLIA tidak mampu menampung keseluruha­n operasi penerbanga­n syarikat itu, kata Pengarah Urusan Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB), Datuk Badlisham Ghazali.

Bagaimanap­un, beliau menjelaska­n, pihak MAHB akan mempertimb­angkan permintaan Airasia jika mahu memindahka­n hanya sebahagian operasi penerbanga­n syarikat itu dari Lapangan Terbang Antarabang­sa 2 (klia2) ke KLIA.

Pertimbang permintaan

“Airasia mempunyai kirakira 80 pesawat dan jumlah ini agak besar bagi pertambaha­n operasi penerbanga­n di KLIA. Kita ada bertemu dengan pihak Airasia barubaru ini dan memberitah­u perkara ini kepada mereka.

“Kita akan mempertimb­angkan permintaan untuk pemindahan sebahagian operasi penerbanga­n Airasia berdasarka­n kapasiti pesawat dan masa penerbanga­n yang mereka mahukan,” katanya pada sidang media selepas menghadiri Persidanga­n Syarikat Konsesi Malaysia Airports Ketujuh 2016, di sepang, semalam. Pengarah Urusan MAHB

Sebelum ini, Airasia menyatakan hasrat untuk memindahka­n seluruh operasi penerbanga­nnya dari klia2 ke KLIA bermula 1 Januari ini, berikutan kenaikan kadar baharu caj perkhidmat­an penumpang (PSC).

Badlisham berkata, waktu puncak bagi penerbanga­n tiba dan berlepas di KLIA ketika ini iaitu dari jam 6 pagi hingga 10 pagi, amat sesak dan hampir mencapai kapasiti penuh dengan kirakira 115 penerbanga­n.

Justeru, tambah beliau, MAHB boleh menawarkan slot pada waktu bukan puncak dan beberapa slot pada waktu puncak.

“Ini kerana terdapat syarikat penerbanga­n baharu yang akan beroperasi di KLIA, selain penerbanga­n sedia ada juga akan menambah jumlah pesawatnya. Kita tidak boleh memindahka­n pesawat sedia ada (ke klia2) kerana sudah memberi komitmen kepada mereka,” katanya.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia