Berita Harian

Pelancong belanja RM11.7B di Malaysia

-

Pelancong asing membelanja­kan kirakira RM11.7 bilion untuk membeli belah di negara ini antara Januari hingga Jun tahun ini.

Timbalan Menteri Pelanconga­n dan Kebudayaan, Datuk Mas Ermieyati Samsudin, berkata jumlah itu adalah peningkata­n 17.1 peratus berbanding RM10 bilion bagi tempoh yang sama tahun lalu.

“Jumlah ini disumbangk­an oleh kirakira 13 juta pelancong yang datang ke negara ini dalam tempoh berkenaan. Jumlah tertinggi disumbangk­an oleh pelancong dari Singapura, diikuti Indonesia, China, Thailand dan Brunei.

“Kepelbagai­an bahasa dan budaya di negara ini menjadi kelebihan menarik minat pelancong luar yang mempunyai keperluan dan jangkaan berbeza bagi kedatangan mereka ke sini,” katanya dalam ucapan perasmian Persidanga­n Syarikat Konsesi Malaysia Airports Ketujuh 2016, di Sepang semalam.

Ucapan beliau pada persidanga­n bertema ‘Memandu Ke Arah Pengalaman Penuh di Lapangan Terbang’ itu dibacakan Timbalan Ketua Pengarah Tourism Malaysia, Datuk Chong Yoke Har. Yang turut hadir, Pengarah Urusan Malaysia Airports Holdings Berhad (MAHB), Datuk Badlisham Ghazali.

Sedia produk, perkhidmat­an tepati jangkaan pelancong

Mas Ermieyatie berkata, berikutan perkembang­an memberangs­angkan itu, sektor pelanconga­n negara perlu menyediaka­n produk dan perkhidmat­an yang menepati serta melebihi jangkaan pelancong.

“Bagi strategi pemasaran 2017, kita akan terus memberi tumpuan kepada ekopelanco­ngan dengan memperkena­lkan produk khusus seperti kegiatan memerhati burung dan menyelam serta produk mewah seperti bermain golf dan pelayaran,” katanya.

Selain itu, Mas Ermieyati mahu pemain industri memberi tumpuan kepada ‚Pelanconga­n Islam‘ yang mempunyai potensi amat besar di negara ini.

“Malaysia menerima kirakira 5.2 juta pelancong Islam pada tahun lalu dan turut dinamakan sebagai destinasi pilihan pertama pelancong Islam dalam Global Muslim Travelers Index (GMTI).

“Antara faktor yang menyumbang kepada kejayaan ini adalah kewujudan premis makanan halal yang diiktiraf, kemudahan untuk bersolat di seluruh negara dan perkhidmat­an mesra orang Islam yang disediakan hotel,” katanya.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia