Berita Harian

Portfolio terkini pinjaman SME Bank cecah RM5.9B

Peruntukan RM200 juta kepada PKS dilancar Mac lalu

- Oleh Suffian A Bakar

Portfolio terkini pinjaman SME Bank Bhd sudah mencecah sekitar RM5.9 bilion, kata Pengarah Urusan Kumpu- lannya, Datuk Mohd Radzif Mohd Yunus.

Beliau berkata, nilai itu termasuk pembiayaan RM200 juta untuk perusahaan kecil dan sederhana (PKS) menerusi program SME Bank XCESS 2016 dilancarka­n Mac lalu, yang disasar membantu kira-kira 450 syarikat PKS.

“Kita sudah melepasi sasaran pembiayaan RM200 juta itu, yang mana ia juga sudah diagihkan. Sebahagian besarnya adalah dalam sektor perkhidmat­an,” katanya selepas majlis penyampaia­n hadiah kepada pemenang pertanding­an Program Inovasi Usahawan Muda SME Bank Y-biz Challenge di Kuala Lumpur, semalam.

Hadir sama Menteri Pendidikan, Datuk Seri Mahadzir Khalid dan Pengerusi SME Bank, Tan Sri Faizah Mohd Tahir.

Program SME Bank XCESS adalah program tahunan selaku platform kepada usahawan PKS untuk mendapat perundinga­n berhubung keperluan modal kerja dan pemprosesa­n permohonan pinjaman dalam tempoh hanya 72 jam.

Inovasi Usahawan Muda

Sementara itu, Faizah berkata, pada tahun ini SME Bank menerima 88 penyertaan bagi Program Inovasi Usahawan Muda SME Bank Y-biz Challenge.

Beliau berkata, daripada jumlah itu, 46 daripadany­a adalah sekolah yang pertama kali menyertai.

Juara Program Inovasi Usahawan Muda SME Bank Y-biz Challenge tahun ini dimenangi Sepintar Young Inventors yang mewakili Sekolah Berasrama Penuh Integrasi Rawang.

Ia menghasilk­an Essential Fan, kipas tangan bagi mengatasi masalah seperti pening kepala dan mengantuk.

Sebagai juara, pasukan itu membawa pulang tunai RM15,000 bagi kumpulan, RM5,000 untuk sekolah, trofi dan sijil penyertaan, serta piala pusingan.

 ?? [FOTO ZULFADHLI ZULKIFLI/BH] ?? KUALA LUMPUR 10 NOVEMBER 2016. Menteri Pendidikan Malaysia,
Datuk Seri Mahdzir Khalid (berdiri lima kiri) bersama Pengerusi SME
Bank, Tan Sri Faizah Mohd Tahir (berdiri enam kanan) dan Pengarah Urusan Kumpulan SME Bank, Datuk Mohd Radzif Mohd Yunus...
[FOTO ZULFADHLI ZULKIFLI/BH] KUALA LUMPUR 10 NOVEMBER 2016. Menteri Pendidikan Malaysia, Datuk Seri Mahdzir Khalid (berdiri lima kiri) bersama Pengerusi SME Bank, Tan Sri Faizah Mohd Tahir (berdiri enam kanan) dan Pengarah Urusan Kumpulan SME Bank, Datuk Mohd Radzif Mohd Yunus...

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia