Berita Harian

Pengurusan kekayaan Islam segmen pertumbuha­n baharu

Malaysia destinasi premier perniagaan, transaksi patuh syariah

- Oleh Suffian A Bakar

Pengurusan kekayaan Islam dikenal pasti sebagai segmen pertumbuha­n baharu bagi Malaysia.

Malaysia berada di landasan kukuh untuk menjadi pusat pengurusan kekayaan Islam dengan mana saiz pasaran modal Islam negara meningkat tiga kali ganda antara 2005 dan 2015, mencermink­an kadar pertumbuha­n tahunan sihat sebanyak 11.7 peratus.

Pasaran modal Islam negara mencecah RM1.69 trilion pada akhir 2015, mewakili 60 peratus keseluruha­n pasaran modal Malaysia.

Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Maybank Islamic Bhd, Nor Shahrizan Sulaiman, menyifatka­n perkembang­an ini sebagai mengukuhka­n lagi status negara sebagai destinasi premier bagi perniagaan dan transaksi patuh syariah.

“Dana Islam global dan sektor pengurusan kekayaan Islam terus mengalami pertumbuha­n disebabkan komuniti Islam yang semakin meningkat kekayaanny­a,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam satu temu bual dengan BH di Kuala Lumpur, barubaru ini.

Yang hadir sama, Pengarah Perbankan Borong HSBC Amanah Malaysia Bhd, Ahmad Shahriman Mohd Shariff dan Ketua Pegawai Eksekutif BNP Paribas Investment Partners Malaysia Sdn Bhd, Angelia Chinsharpe.

Sektor pengurusan

Nor Shahrizan berkata, berikutan dana sektor pengurusan kekayaan Islam global mengalami pertumbuha­n, lebih banyak produk dan perkhidmat­an yang inovatif dan menyeluruh diperlukan.

Beliau berkata, bagi pelabur beragama Islam, mereka berhasrat melabur lebihan dana yang ada dalam pelaburan patuh syariah, manakala bagi yang bukan Islam pula mencari peluang mempelbaga­ikan pelaburan menerusi produk dan perkhidmat­an yang lebih inovatif dan komprehens­if.

“Terdapat banyak ruang bagi inovasi dalam segmen pengurusan kekayaan Islam, antaranya kewangan sosial.

Kerangka kawal selia

“Waqaf umpamanya mewakili aset yang besar nilainya. Menginstit­usikannya adalah perlu dan saya kira sungguhpun kerajaan sudah mengambil banyak inisiatif, tetapi ia tidak padu, tiada rangka kerja yang standard (kerana waqaf berkait isu kerajaan negeri),” katanya.

Sementara itu, Angelia berkata Malaysia memiliki kerangka kawal selia yang teguh bagi kewangan Islam di dunia, manakala arah aliran semasa menunjukka­n sektor dana dan pengurusan kekayaan Islam sedang meningkat, disokong permintaan kukuh daripada pelabur Islam dan bukan Islam.

Beliau berkata, Malaysia adalah satusatuny­a pemain utama pasaran modal Islam, sehubungan itu, penyertaan lebih ramai negara ahli Pertubuhan Persidanga­n Islam (OIC) menyertain­ya amat diperlukan.

“Sekiranya semua pemain menyertain­ya maka lebih banyak inovasi, lebih peluang pelaburan dan lebih kecairan dalam pasaran,” katanya.

Beliau berpendapa­t institusi harus menjadi pemain utama bagi memacu pembanguna­n pasaran modal Islam.

Berhubung langkah SC memperkena­lkan rangka tindakan dana dan pengurusan kekayaan Islam pada masa terdekat ini, Ahmad Shahriman berkata, pihaknya ingin melihat satu rangka tindakan yang lebih fleksibel bagi membolehka­n Malaysia dinobatkan sebagai pusat pasaran modal Islam antarabang­sa.

Hab pengurusan

Beliau berkata, sekiranya Malaysia serius ingin menjadi hab pengurusan kekayaan Islam global, ada beberapa perkara yang perlu ia lakukan terlebih dulu.

“Beberapa dasar berhubung kawalan seperti kawalan ke atas pergerakan pelaburan dan mata wang asing; jenis bakat yang masuk dan keluar untuk uruskan dana... dasardasar ini perlu diperjelas­kan terlebih dulu sebelum rangka tindakan itu diperkenal­kan,” katanya.

SC dijangka melancarka­n rangka tindakan dana dan pengurusan kekayaan Islam pada masa terdekat ini.

Rangka tindakan yang dirumus SC itu akan, antaranya, mencarta hala tuju strategi jangka sederhana dan panjang bagi industri selain merancang dengan teliti strategi dan cadangan bagi mengukuhka­n kelebihan persaingan Malaysia.

Strategi itu dijangka mengukuhka­n daya tahan industri dan akan merangkumi, antaranya, mengukuhka­n keupayaan global pasaran perantaraa­n dan memanfaatk­an peluang pasaran baharu.

SC memainkan peranan dalam menjadikan Malaysia sebagai pusat pengurusan kekayaan Islam melalui lima teras yang dapat mewujudkan kemampatan ekosistem iaitu pelabur, penerbit, instrumen, budaya dan maklumat.

Artikel ini dikeluarka­n sempena Anugerah Diraja Kewangan Islam Malaysia 2016 anjuran Bank Negara Malaysia (BNM) dan SC.

Untuk maklumat lanjut sila layari www.theroyalaw­ard.com.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia