Berita Harian

FBM KLCI menokok 5.12 mata

Belian berterusan saham wajaran tinggi terpilih pacu kenaikan bursa

-

sebagai Presiden ke-45, kembali reda.

“Nampaknya penduduk di seluruh dunia sudah menerima keputusan pemilihan presiden US dan pada masa ini, mereka memantau rapat Trump dan dasarnya apabila mengambil alih jawatan itu pada Januari 2017,” katanya.

Pada peringkat serantau, Nikkei 225 Jepun meningkat 6.72 peratus kepada 17,344.42, Hang Seng Hong Kong meningkat 1.99 peratus kepada 22,862.01, Kospi Korea Selatan melonjak 2.26 peratus kepada 2,002.60 manakala Indeks Komposit SSE Shanghai Stock Exchange meningkat 1.37 peratus kepada 3,171.28.

Dalam negara, penggerak utama ialah kaunter kewangan, dengan CIMB menokok 17 sen kepada RM4.97, Maybank meningkat sembilan sen kepada RM7.96, Public Bank melonjak 10 sen kepada RM19.78 dan RHB menambah tiga sen kepada RM4.76.

Sime Darby dan IHH Healthcare masing-msing untung empat sen kepada RM8.24 dan RM6.39, Genting Bhd dan Petronas Dagangan menokok enam sen kepada RM7.86 dan RM23.46.

Antara kaunter aktif, Vivocom meningkat satu sen kepada 18 sen, TA Global dan RGB masing-masing menambah setengah sen kepada 25.5 sen dan 23.5 sen, manakala Nexgram susut setengah sen kepada empat sen.

WCT yang memperoleh pakej kerja V204 Mass Rapid Transit bernilai RM896.41 juta daripada MRT Corporatio­n Bhd, menyaksika­n sahamnya meningkat 11 sen kepada RM1.91 dengan 28.46 juta saham bertukar tangan.

Kedudukan pasaran positif dengan kaunter untung mengatasi kaunter rugi sebanyak 650 berbanding 207 dengan 308 kaunter tidak berubah, 523 kaunter tidak diniagakan dan 24 yang lain digantung.

Jumlah dagangan merosot kepada 1.63 bilion saham bernilai RM2.08 bilion berbanding 2.51 bilion saham bernilai RM2.39 bilion pada Rabu.

Pada papan skor, Indeks FBM Emas naik 56.56 mata kepada 11,632.82, Indeks FBMT100 naik 50.14 mata kepada 11,342.93 dan Indeks FBM Emas Syariah melonjak 40.88 mata kepada 12,195.81.

FBM 70 meningkat 114.12 mata kepada 13,504.92 dan FBM Ace menambah 71.47 mata kepada 4,982.83. Mengikut sektor, Indeks Perusahaan merosot 9.59 mata kepada 3,127.15, Indeks Kewangan melonjak 145.05 mata kepada 14,481.04 dan Indeks Perladanga­n meningkat 27.83 mata kepada 7,733.89.

Jumlah dagangan di Pasaran Utama susut kepada 1.11 bilion unit bernilai RM1.99 bilion berbanding 1.56 bilion unit bernilai RM2.18 bilion pada Rabu.

Jumlah dagangan di Pasaran ACE merosot kepada 246.34 juta saham bernilai RM39.07 juta berbanding 375.41 juta saham bernilai RM51.03 juta.

Waran susut kepada 272.95 juta unit bernilai RM58.87 juta berbanding 559.67 juta unit bernilai RM154.32 juta pada Rabu.

Barangan pengguna menyumbang sejumlah 62.41 juta saham yang didagangka­n di Pasaran Utama, barangan perusahaan (206.98 juta), pembinaan (133.96 juta), perdaganga­n dan perkhidmat­an (376.69 juta), teknologi (25.27 juta), infrastruk­tur (12.95 juta), SPAC (33.71 juta), kewangan (87.22 juta), hotel (84,100), hartanah (142.82 juta), perladanga­n (23.28 juta), perlombong­an (10,200), REIT (10.08 juta) dan dana tertutup (25,000).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia