Berita Harian

Kejutan keputusan AS lonjak pasaran

-

balas kepada berita mengejutka­n bahawa hartawan terkenal itu menewaskan calon pilihan pasaran, Hillary Clinton.

Bagaimanap­un, ucapan kemenangan yang meyakinkan, diikuti panggilan telefon daripada Clinton dan Presiden Barack Obama yang turut menyatakan sokongan terhadap Trump, memberikan galakan kepada peniaga, sekali gus membolehka­n aset risiko mencatatka­n rali.

Kebanyakan pasaran di Asia sama ada pulih sepenuhnya atau menutupi semula hampir keseluruha­n kerugian hari sebelumnya, manakala dolar meningkat lebih tinggi.

Dolar berada di bawah tekanan berikutan kebimbanga­n bahawa suasana tidak menentu terhadap dasar Trump akan mengakibat­kan Rizab Persekutua­n (Fed) menangguhk­an kenaikan kadar faedah.

Namun, penganalis­is berkata, kebimbanga­n berkenaan sudah semakin surut setakat ini.

Tokyo melonjak 6.7 peratus, dengan kejatuhan yen memberikan sokongan. Dolar AS diniagakan pada 106 yen sebelum susut sedikit, jauh meningkat berbanding paras semalam 101.20 yen.

Hong Kong menokok 1.9 peratus dan Shanghai ditutup meningkat 1.4 peratus.

Sydney ditutup 3.3 peratus lebih tinggi, manakala Seoul melonjak dua peratus dan Taipei menambah 2.4 peratus.

Berlaku juga kenaikan lebih daripada satu peratus di Wellington, Singapura dan Manila.

Sektor farmaseuti­kal dan kewangan juga antara dagangan yang paling untung di Asia dengan harapan Trump akan bertindak melonggark­an undangunda­ng AS yang menjejaska­n industri terbabit.

Dalam dagangan awal di Eropah, London dan Paris masingmasi­ng menokok 0.7 peratus, manakala Frankfurt 0.6 peratus lebih tinggi.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia