Berita Harian

Bahagi masa belajar, tugas sukarelawa­n

-

Pembabitan sebagai sukarelawa­n bermula tiga tahun lalu apabila mengikuti rakan melihat kelas tadika diusahakan secara bersama oleh Malaysian Arabian Cultural Society (MACS) dan Teach For The Needs (TFTN) untuk pelarian Syria di Irbid, Jordan.

Awalnya, perasaan dirasakan adalah seronok dan teruja untuk berkongsi pengalaman bermain dengan anak Syria berwajah comel di laman sosial Facebook. Mendekati mereka, saya mula mendengar kisah perang dan cerita mengenai pelarian buat kali pertama.

Dari situ juga saya melihat anak kecil yang comot, kotor dan kelaparan hidup dalam khemah. Merasai sendiri cuaca sejuk yang memeluk tubuh, tidak terbayangk­an pengalaman dilalui mereka apabila cuaca akan menjadi lebih sejuk nanti.

Tetapi itu cerita tiga tahun lalu ketika mula menjejakka­n kaki di bumi Jordan kerana melanjutka­n pengajian dalam bidang pergigian di Universiti Sains dan Teknologi Jordan.

Ketika memulakan program bantuan pada 2013, kami bergerak dengan kerjasama pertubuhan bukan kerajaan (NGO) lain iaitu MACS dan Tangisan Syria Di Bumi Jordan (TSDBJ) yang beroperasi di Mafraq.

Penulis serius dalam kerja sukarelawa­n dengan TFTN For Syria sejak tahun lalu kerana membantu pengasasny­a, Muhammad Ishak Ahmad Saufi dan rakan yang menjadi tulang belakang, Salikiyah Idris, Anisah Othman serta Nurliyana Ilwanis.

Kelas dan pusat sokongan

Apabila bergerak sendiri pada tahun ini atas nama TFTN For Syria, kami tetap mendapatka­n pandangan dan nasihat terutama ketika berdepan masalah termasuk dari segi kewangan. Itulah istimewany­a kerana demi kemanusiaa­n, kita akan bersatu.

Cuba berdiri sendiri atas nama Markaz At-ta’lim Li Man Yahtaj (TFTN For Syria), aktiviti dilaksanak­an bukan sekadar menganjurk­an kelas, malah markas itu turut menjadi pusat sokongan anak pelarian bermain, membina karakter dan mengembang­kan potensi diri.

Seramai 66 anak pelarian lingkungan umur 8 hingga 14 tahun datang ke markas untuk mengikuti kelas tambahan dan aktiviti. Sebenarnya mereka bersekolah di sekolah kerajaan, tetapi kerana perang, mereka ketinggala­n dalam banyak perkara.

Di markas TFTN For

Syria mereka dibimbing subjek Matematik, Bahasa Inggeris serta Bahasa Arab mengikut silibus pendidikan Jordan dan Syria, selain aktiviti kelab seperti Kelab Perpustaka­an, al-quran, Fotografi, Lukisan, Bisnes, Sains, Muzik dan Teater.

Bermula 17 Mei lalu, saya menggalas tugas Pengurus TFTN For Syria menggantik­an Muhammad Ishak yang akan pulang ke Malaysia kerana tamat pengajian. Kini, saya sedar keadaannya tidak sama seperti tiga tahun lalu.

Mangsa keadaan

Anak yang datang pernah merasai perang, dibiarkan membesar di jalan dan ada yang sudah berbulan tidak bertemu ayah yang terperangk­ap di Syria. Malah ada anak yang setiap hari saya temui dengan mata bercahaya rupa-rupanya pernah terbakar seluruh badan kerana letupan.

Parutnya kekal di wajah sampai hari ini. Mampukah dibayangka­n sakit anak sekecil mereka? Kerana itu mereka kasar, ganas dan liar. Siapakah boleh disalahkan kalau bukan keganasan dan kezaliman yang manusia cipta buat mereka.

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ?? Keceriaan terpancar di wajah anak pelarian Syria yang mengikuti pengajian dikendalik­an TFTN For Syria.
Keceriaan terpancar di wajah anak pelarian Syria yang mengikuti pengajian dikendalik­an TFTN For Syria.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia