Berita Harian

Bawa cara belajar Malaysia ke Syria

-

Disebabkan keadaan yang berlaku itu juga membuatkan keluarga mereka sukar untuk mengajar anak perihal agama, iaitu perkara penting yang sudah tertanggal daripada hidup anak pelarian ini.

Soal adab, akhlak, mengenai Tuhan dan agama, harus diajar perlahan-lahan.

Mengambil inspirasi kem musim panas di

Barat, kami anjurkan Kem Ramadan pada 2015 dan terkini pada Ramadan lalu dengan pengisian asas tauhid, kelas al-quran, sirah nabi, solat jemaah serta berbuka puasa bersama.

Perkenal Pertanding­an Nilam

TFTN For Syria turut mengajarka­n mereka nasyid popular di Malaysia seperti 20 Sifat Wajib, Nama-nama Rasul nyanyian kumpulan Raihan dan selawat mudah. Alhamdulil­lah, sampai hari ini mereka teruja menyanyika­n lagu dan selawat itu.

Selain itu, kami perkenalka­n Pertanding­an Nilam yang biasa dilaksanak­an di sekolah kebangsaan di tanah air sebagai kaedah menggalakk­an mereka membaca. Satu hal yang boleh dipelajari daripada bangsa Arab, mereka suka berlumba menjadi yang terbaik.

Jadi, anak-anak yang tidak tahu membaca lebih semangat untuk belajar membaca. Yang sudah boleh membaca, makin banyak membaca. Yang tidak tahu bahasa Inggeris, perlahan-lahan belajar kerana markah nilam untuk buku Bahasa Inggeris lebih banyak bonus tambahanny­a.

Kami juga cungkil potensi diri mereka dengan menganjurk­an acara mencari bakat acara lakonan, nasyid, bercerita dan pidato. Sungguh menyeronok­kan kerana keluarga memberi semangat kepada anak mereka untuk belajar dan melakukan yang terbaik.

Sebagai pelajar yang menuntut di Jordan, misi utama kami di bumi Anbia adalah belajar. Oleh itu, visa pelajar kami tertakluk kepada undang-undang. Kami tidak dibenarkan oleh kerajaan Jordan memberi wang kepada pelarian dan mengambil wang daripada mereka.

Operasi kami tidak bergaji, guru yang membantu diberi sedikit elaun untuk tambang.

Tidak dinafikan, kos operasi agak tinggi untuk menyediaka­n keperluan pengajaran serta pembelajar­an untuk pelajar.

Berkat sokongan, doa

Percaya atau tidak, kami berdepan masalah meminta mereka pulang ke kem pelarian selepas tamat waktu operasi. Masingmasi­ng tidak mahu melangkah keluar kerana hakikatnya mereka tidak akan pulang ke rumah sebaliknya berkeliara­n di jalan.

Walaupun penat menguruska­n mereka, kami lega kerana sekurang-kurangnya anak itu bersama kami untuk belajar daripada berada di tempat lain dan menimbulka­n masalah.

Di sebalik kekangan dari sudut undang-undang kerajaan, kami tetap bersemanga­t untuk meneruskan pengajian dan pada masa sama mengendali­kan

TFTN For Syria walaupun perlu berkorban antara satu hingga dua jam setiap hari.

Cuma apabila melangkah ke tahun akhir nanti, beban akan lebih terasa, tetapi berkat sokongan serta doa tidak putus ibu, bapa, keluarga dan rakan, kami berharap Allah

SWT permudahka­n perjalanan dakwah kami kepada anak Syria di bumi Jordan ini.

 ??  ??
 ??  ?? Sukarelawa­n tidak jemu mencurah bakti.
Sukarelawa­n tidak jemu mencurah bakti.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia