Berita Harian

Tak serik mabuk laut

-

Sejak lima tahun lalu, beberapa lubuk memancing sama ada di tasik, sungai dan laut dalam, di Pahang, Terengganu dan Johor Baharu sudah dikunjungi gadis yang berusia 23 tahun ini, bersama rakan pemncing.

Sepanjang tempoh itu, hampir semua tempat memancing di sekitar Bera, Pahang sudah diduga oleh Ajeera Nur Aisyah Ramli.

Ada ketikanya, gadis yang aktif dengan teknik mengilat atau casting ini kerap memancing di tasik atau kawasan berair di tepi jalan.

Kadang-kadang, kalau ada masa dan peluang, dia mengambil kesempatan memancing ketika dalam perjalanan pulang dari tempat kerja ke rumah.

Tak boleh bangun

Disebabkan minatnya dengan aktiviti memancing, Ajeera kini memiliki sembilan set joran yang boleh digunakan untuk teknik dasar, jigging dan casting.

Dia yang kini menetap di Bera berkata, setakat ini, semua lubuk di kawasan itu sudah dikunjungi­nya biarpun jumlah ikan semakin kurang ekoran aktiviti menjaring dan menuba oleh mereka yang tidak bertanggun­gjawab.

Katanya, antara lubuk laut dalam yang kerap dikunjungi­nya ialah perairan Rompin di Pahang, Pulau Pemanggil di perairan Mersing, Johor dan Pulau Kapas di Terengganu.

“Saya pernah tumbang kerana mabuk laut ketika kali pertama memancing di perairan Rompin.

“Saya muntah dengan banyak kemudian langsung tak boleh bangun selepas laut tiba-tiba bergelora dengan ombak besar dan angin kencang,” katanya.

Bot tidak seimbang

Satu lagi pengalaman menakutkan yang dilaluinya apabila bot memancing yang dinaiki bersama sembilan lagi rakan hampir karam selepas dipukul ribut.

“Ketika itu, kami hendak memancing di Pulau Pemanggil.

“Ia menakutkan, mengecutka­n perut dan kalau diingatkan semula pasti saya tidak berani pergi memancing di laut dalam,” katanya.

Ajeera berkata, apabila melihat tong ikan yang penuh dengan ikan kerapu nyaris tercampak ke laut membuatkan dia perlu bersiap sedia menghadapi kemungkina­n bot karam.

“Ketika itu gelombang besar dan kedudukan bot sudah tidak seimbang.

“Tapi saya bersyukur kerana kami semua selamat balik ke jeti,” katanya ketika mengimbas semula saat suka dan dukanya ketika melakukan aktiviti memancing di laut.

Perempuan juga boleh memancing

Ajeera menjelaska­n dia semakin aktif memancing kerana mahu mencabar diri, sekali gus menafikan anggapan bahawa perempuan tidak boleh memancing.

Katanya, dalam kalangan keluarga, ayahnya memang seorang kaki pancing tegar, namun kebelakang­an ini sudah tidak aktif lagi.

“Apabila hobi sihat itu semakin subur dalam jiwa saya, kini semua anggota keluarga sudah semakin gila memancing,” katanya.

 ??  ??
 ??  ?? Ajeera (kanan) ketika trip memancing di Pulau Kapas, Terengganu, selepas laut bergelora.
dengan teknik casting.
Ajeera (kanan) ketika trip memancing di Pulau Kapas, Terengganu, selepas laut bergelora. dengan teknik casting.
 ??  ?? Bersama anak haruan yang berjaya dijinakkan
Bersama anak haruan yang berjaya dijinakkan

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia