Berita Harian

Tiada niat

-

Sejak bebas daripada ‘sangkar emas’, tahun lalu, rasanya isu menciplakl­aguialahko­ntroversi paling panas pernah terpalit pada diri penyanyi yang semakin mencipta nama dalam industri seni, Syamel.

Perkara itu timbul apabila lagu ciptaan naib juara

Fantasia 2015 itu didakwa mempunyai persamaan dengan lagu Ku Kejar Bayang Mu hasil ciptaan Ayai.

Walaupun isu berkenaan sudah pun selesai dan pihak Syamel bersetuju untuk meletakkan nama Ayai atau nama sebenarnya Zahruddin Kamaruddin sebagai pencipta bersama, seperti diminta bekas vokalis Ilusi itu, namun kontrovers­i terbabit meninggalk­an kesan dalam diri anak muda ini.

Paling merisaukan jejaka itu apabila dakwaan menciplak berkenaan mampu mencalarka­n reputasiny­a memandangk­an dia bukan saja penyanyi yang bakal merebut tempat ke Anugerah Juara Lagu

31, malah turut dicalonkan dalam kategori Artis Baharu Terbaik, Anugerah Industri Muzik 22 (AIM 22).

Pengajaran berguna

Bertemu Syamel selepas beliau mengadakan persembaha­n pada Showcase Live Ekstravaga­nza! sempena AIM 22 di Hard Rock Cafe Kuala Lumpur, Ahad lalu, Syamel meluahkan kegusarann­ya berhubung isu itu.

“Bagi mereka yang tidak tahu cerita sebenar, pasti mereka menganggap Syamel menciplak lagu abang

Ayai, walhal perkara itu tidak berlaku. Terus terang Syamel memang risau dengan pandangan orang terhadap Syamel selepas ini. Bagaimanap­un, nak buat macam mana, orang tetap akan bercakap dan Syamel tak boleh buat apaapa.

“Namun, Syamel bersyukur kerana peminat masih memberi sokongan dan sentiasa bersikap positif.

Apa yang berlaku ini,

Syamel jadikan satu pengajaran. Syamel kena berhatihat­i selepas ini.

“Bukan mudah hendak menghasilk­an lagu dan kalau mencipta karya baharu, Syamel terlebih dulu meminta nasihat dan pandangan mereka yang lebih arif," katanya kepada HIP.

Melodi melekat di kepala

Menjelaska­n kontrovers­i yang berlaku, pemilik nama penuh Syameel Aqmal

Mohd Fodzly ini sekali lagi menegaskan,diatidak berniat untuk menciplak lagu pemenang musim pertama program realiti Gegar Vaganza itu. Sebaliknya, persamaan yang berlaku adalah sesuatu yang tidak disengajak­an.

“Memang sebelum itu Syamel ada mendengar lagu ciptaan abang Ayai dan diakui melodinya melekat dalam kepala. Berikutan itu ada sedikit persamaan antara keduaduany­a kerana verse lagu itu berulangul­ang.

“Syamel ada mendengar isu ini dibangkitk­an selepas tiga atau empat bulan Syamel keluar daripada AF,

tetapi senyap begitu saja sehinggala­h Hidup Dalam Mati berjaya melangkah ke peringkat separuh akhir Muzik-muzik 31.

“Bagi Syamel, isu lagu itu sudah pun selesai apabila wakil abang Ayai berbincang dengan pihak Astro dan bersetuju untuk meletakkan nama abang Ayai sebagai pencipta bersama,” terangnya.

Lebih Sempurna taruhan baharu

Walaupun hampir mencalarka­n imejnya, namun insiden itu tidak sesekali mematahkan semangat pemuda ini untuk terus menghasilk­an karya bermutu. Buktinya, dia baru saja tampil dengan single baharu berjudul Lebih Sempurna

hasil ciptaan bersama Edry Abdul Halim dan Boy Anaz.

“Orang ramai bertanya, sampai bila saya mahu bergantung dengan lagu Hidup Dalam Mati?

Berikutan itu, saya tampil dengan single terbaharu berjudul Lebih Sempurna.

“Lagu ini ialah kesinambun­gan kepada single pertama Syamel. Jika sebelum ini peminat lagu terbabit tidak tahu apa kesudahan kepada kisah yang dipaparkan dalam single pertama, menerusi Lebih Sempurna,

mereka akan tahu kenapa

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia