Berita Harian

Sekadar pertahan hak

-

pepatah menarik rambut dalam tepung, rambut tidak putus, tepung tidak berselerak. Itulah pendekatan diambil penyanyi, Ayai dalam menangani isu lagu Hidup Dalam Mati yang dikatakan diciplak bakat baharu yang meningkat naik, Syamel.

Kontrovers­i timbul apabila karya ciptaan penyanyi kelahiran program realiti Akademi Fantasia

(AF) berjudul itu dikatakan mempunyai persamaan dengan lagu nukilan Ayai,

Lagu berkenaan dicipta bekas vokalis kumpulan

Ilusi itu untuk peserta program Kilauan Emas

musim ketiga, Idris Mohd Shabidin pada tahun 2013. Lagu Syamel pula meniti populariti sejak tahun lalu.

Pada awalnya, Ayai tidak mahu membangkit­kan perkara itu kerana bimbang disalah anggap. Namun, atas desakan teman seperjuang­an dan memikirkan soal hak, dia perlu menyuaraka­n perkara terbabit kepada pihak bertanggun­gjawab.

“Sebaik mendapat tahu lagu Hidup Dalam Mati

ada persamaan dengan Kukejar Bayang Mu ,saya berdiam diri dan tidak mahu mengambil tindakan.

“Bagaimanap­un, selepas ada pihak beritahu lagu itu ada potensi dan digemari ramai, saya merujuk kes berkenaan kepada pemegang hak cipta lagu terbabit iaitu Luncai Emas.

“Selepas Datuk M Nasir mendengar lagu itu dan beritahu saya boleh berbuat sesuatu kerana persamaan melodi melebihi empat bar, saya mencari jalan menyelesai­kan perkara itu sebaik mungkin.

“Biarlah jalan penyelesai­an itu adil untuk keduadua belah pihak, kalau mengikut pengamal muzik di Barat, Syamel mungkin tidak dapat apaapa.

“Tetapi selepas berbincang dengan Astro, cara terbaik adalah dengan meletakkan nama saya sebagai pencipta bersama,” katanya ketika ditemui selepas konsert minggu keempat program Gegar Vaganza 3 di Auditorium Majlis Bandaraya Shah

Alam (MBSA), Ahad lalu.

Pada konsert itu, Ayai atau nama sebenarnya, Zahruddin Kamaruddin menjadi pasangan duet seorang peserta, Nora Ariffin. Mereka mendendang­kan lagu yang pernah dipopulark­an Datuk

Rossa dan Pasha Ungu berjudul Terlanjur Cinta.

Ayai kemudian diumumkan pemenang kategori Pasangan Paling Menyengat oleh penaja platinum program berkenaan, Datuk Seri Vida.

Percaya bakat Syamel

Mengenai royalti lagu Hidup pemenang program musim pertama itu memberitah­u HIP, perkara itu sudah diusulkan kepada Badan Perlindung­an Hak Cipta Karyawan Muzik (MACP).

“Saya sudah bertanya hal itu kepada MACP.

Wakil mereka, komposer Johan Nawawi berjanji menyelesai­kannya.

“Iyalah, lagu itu popular. Sudah tentu saya juga ingin merasa hasilnya. Siasialah saya buat lagu itu tapi tak dapat pulangan. Tak mahulah menjadi seperti pepatah, lembu punya susu, sapi yang dapat nama,” katanya.

Sebagai orang lama dalam industri, Ayai tidak menyalahka­n Syamel 100 peratus. Malah, dia percaya bakat anak muda itu dalam bidang penciptaan lagu.

“Syamel budak baik.

Saya sayangkan bakatnya. Isu ini sudah selesai dan saya sudahpun mendapat hak saya.

“Keputusan ini pun dibuat bersama dan saya harap, ia tidak lagi dibangkitk­an. Saya harap insiden ini menjadi pengajaran buat semua pihak,” katanya.

 ??  ??
 ??  ?? Ayai menjadi pasangan duet Nora pada persembaha­n Gegar Vaganza minggu lalu.
Ayai menjadi pasangan duet Nora pada persembaha­n Gegar Vaganza minggu lalu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia