Berita Harian

Produksi luar negara rendahkan imej polis

Shashi Taran pelik watak burukkan nama pasukan keselamata­n dibenar untuk tayangan di pawagam tempatan

-

Pelakon, Shashi Tharan, tidak berpuas hati apabila melihat segelintir produksi luar negara merendah-rendahkan pasukan polis tempatan apabila menampilka­n watak anggota pasukan beruniform berkenaan dalam terbitan mereka.

Katanya, sedangkan produksi tempatan termasuk pelakon yang melakonkan watak anggota polis perlu melalui beberapa ujian daripada Ibu Pejabat Polis Diraja Malaysia (PDRM), Bukit Aman, sebelum memulakan penggambar­an.

“Di Malaysia, produksi tempatan diberi syarat ketat jika membabitka­n watak polis. Anggota pasukan keselamata­n itu tidak boleh dijadikan bahan lawak atau reputasi mereka sebagai penjaga keamanan negara diperendah­kan.

“Tetapi peliknya, ada produksi negara luar yang menjadikan watak polis kita sebagai lawak, malah ada yang memburukbu­rukkan reputasi pasukan beruniform itu apabila memasukkan karakter polis tempatan dalam jalan cerita filem mereka yang menjalani penggambar­an di negara ini.

“Sebagai contoh, filem Kabali dan Iru Mugan, watak Inspektor polis dibuat seolah-olah mereka ini penakut dan dikomedika­n. Bagi saya, perkara itu terlepas kerana tiada pihak berwajib yang memantau.” katanya kepada HIP.

Sekat kreativiti pengkarya

Pelakon filem Estet itu juga berkata, ia juga dilihat seperti tidak adil apabila pihak pasukan keselamata­n berkenaan terlalu menjaga protokol sehingga watak polis langsung tak boleh dipersemba­hkan dalam bentuk komedi.

Malah, katanya, ia sekali gus menyekat penggiat seni untuk berkarya berkaitan pihak pasukan beruniform terbabit.

Ekoran itu, Shashi berkata, beliau akan menghantar surat kepada pihak PDRM serta persatuan filem agar perkara terbabit dipandang serius.

“Pada pendapat saya, jika membabitka­n watak unit beruniform mahupun masyarakat tempatan, pihak yang sepatutnya atau Lembaga Penapisan Filem (LPF) perlu meneliti skrip filem produksi luar, sebelum memberi kelulusan kepada mereka,” tegasnya.

Semak rekod artis lakon watak polis

Sementara itu, Ketua Komunikasi Korporat PDRM, ACP Datin Asmawati Ahmad, berkata setiap permohonan penggambar­an oleh produksi luar negara perlulah mendapat kelulusan Agensi

Pusat Permohonan Penggambar­an Filem dan Persembaha­n Artis Luar Negara (PUSPAL) di bawah Kementeria­n Komunikasi dan Multimedia Malaysia terlebih dulu sebelum ia dirujuk kepada mereka.

Permohonan yang dikemukaka­n perlulah disertakan dengan sinopsis, salinan skrip penuh, penerangan watak, papan cerita, profil syarikat dan Sijil Perakuan Penggambar­an (SPP) FINAS.

Dalam pada itu, setiap bantuan atau kerjasama membabitka­n penggunaan aset dan keanggotaa­n PDRM sewaktu penggambar­an dibuat adalah berdasarka­n hasil penilaian serta kesesuaian jalan cerita dalam skrip.

“Bagi artis yang akan memegang watak sebagai pegawai polis, tapisan keselamata­n dan semakan rekod jenayah perlu dibuat terlebih dulu bagi memastikan tiada sebarang spekulasi yang boleh mencemarka­n imej pasukan.

“Sekiranya naratif penceritaa­nnya tidak menepati prosedur dan etika kepolisan, PDRM akan menasihatk­an pihak produksi untuk membuat pindaan atau membuang keseluruha­n babak yang mencemar imej PDRM di dalam skrip itu.

“Pihak produksi juga dikehendak­i menghantar salinan DVD bagi tujuan pratonton setelah fasa penyunting­an selesai dan bersedia untuk meminda babak yang berkaitan sekiranya terdapat sebarang teguran daripada pejabat ini,” jelasnya.

Keluar amaran bertulis

Tambah Asmawati, pihaknya sentiasa memandang serius mengenai setiap pemaparan imej negatif di dalam filem, drama, dokumentar­i, iklan, animasi dan pementasan yang membabitka­n penggunaan aset dan keanggotaa­n PDRM.

“Jika wujud sebarang pemaparan imej negatif yang dikesan, pihak kami akan meminta pihak produksi mengemukak­an surat penjelasan berhubung perkara itu dan dalam masa yang sama, mengeluark­an amaran bertulis.

“Setelah pertimbang­an dibuat dan mendapati pihak produksi sengaja melanggar peraturan ditetapkan, permohonan syarikat berkenaan pada masa hadapan tidak akan dipertimba­ngkan.

“Walau bagaimanap­un bidang kuasa khusus untuk pemotongan babak yang tidak sesuai dalam filem adalah milik LPF,” tegasnya.

 ??  ??
 ??  ?? Filem Kabali dikatakan memaparkan babak mampu calar imej anggota keselamata­n negara.
Filem Kabali dikatakan memaparkan babak mampu calar imej anggota keselamata­n negara.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia