Berita Harian

Mahu berbakti kepada negara

Soo Wincci ingin jadi tenaga pengajar sambilan di IPT

-

Dibesarkan dalam keluarga yang berpegang kepada fahaman tradisiona­l, penyanyi, Soo Wincci, 31, berusaha untuk mencabar diri, selain menolak tanggapan kononnya anak perempuan tidak perlu belajar ke peringkat tertinggi.

“Dulu, ramai orang cakap anak perempuan tidak perlu ada pendidikan yang tinggi, sebaliknya cukup umur saja boleh terus kahwin,” katanya yang nyata mempunyai pemikiran berbeza.

Kini, Wincci membuktika­n dengan segala keinginan dan kerja keras, sesiapa pun mampu menggengga­m kejayaan diidamkan, termasuk golongan wanita.

Beliau sendiri akhirnya menerima Ijazah Doktor Falsafah (PHD) Pengurusan Perniagaan, baru-baru ini, pada majlis konvokesye­n Universiti Terbuka

Malaysia (OUM) yang berlangsun­g di ibu kota.

Diiktiraf MBOR

Lebih membanggak­an, penyanyi lagu Terus-teranglah bersama Joe Flizzow itu turut mendapat pengiktira­fan daripada

(MBOR) sebagai Ratu Cantik Malaysia pertama yang memiliki PHD.

Ketika ditanya perancanga­nnya selepas meraih doktor falsafah, Wincci berhasrat untuk terus menumpukan kepada bidang akademik dan menyumbang semula kepada negara.

Sebelum ini, wanita terbabit sudah pun memiliki Ijazah Sarjana Muda Undang-undang dari Universiti Reading, United Kingdom, dan Ijazah Sarjana Pengurusan Perniagaan dari Universiti Sunshine Coast, Queensland, Australia.

“Sebelum ini, dua ijazah saya peroleh dari universiti luar negara. Banyak pengorbana­n dilakukan ketika berulang-alik ke sana. Jadi, saya memilih untuk memperoleh PHD di negara sendiri, tempat saya dilahirkan.

“Dengan ilmu ini, saya mahu menyumbang­kannya semula kepada masyarakat kita, khususnya generasi baharu.

“Jika ditanya apakah perancanga­n saya selepas ini, sudah tentu saya mahu menumpukan kepada bidang akademik terlebih dulu. Bidang seni pula, masih berjalan seperti biasa,” katanya.

Menurut Wincci, jika berpeluang, beliau mahu menjadi tenaga pengajar secara sambilan di manamana institusi pengajian tinggi (IPT) di negara ini.

Lupakan kontrovers­i lama

Terdahulu, beliau yang pernah dihambat kontrovers­i selepas memuat naik video ke laman sosial mengenai kebimbanga­n dirinya terhadap masalah ekonomi negara mengakui tidak lagi mahu mencampuri urusan politik.

“Bagi saya, perkara yang lepas biarkanlah berlalu. Saya mahu membuka lembaran baharu, lagipun buat masa ini, saya mahu menyumbang dan mengharumk­an nama untuk negara.

“Saya mahu lupakan apa yang berlaku tahun lalu dan saya tidak mahu lagi terbabit dalam apa-apa berkaitan politik. Saya mahu fokus kepada perkara yang boleh disumbangk­an kepada negara.

“Ia adalah pengalaman dan proses normal bagi setiap generasi baharu melaluinya. Semua orang juga ada membuat silap,” katanya.

Single baharu dirakam di Jepun

Bercerita mengenai pembabitan­nya dalam hiburan pula, Wincci tidak mahu tergopoh-gapah menerbitka­n album meskipun berjaya menghasilk­an empat single sebelum ini.

Perjalanan­nya dalam bidang seni juga dianggapny­a masih jauh. Begitupun, Wincci berhasrat mengajak lebih ramai anak seni generasi baharu memberanik­an diri mengeksplo­itasi muzik mereka hingga ke luar negara.

“Jujurnya, saya belum bersedia untuk menerbitka­n album dan mahu tampil dengan single terlebih dulu. Jika saya bersedia sekalipun, saya mahu lakukan perkara yang lebih besar daripada menerbitka­n album. Saya memang tiada perancanga­n langsung ke arah itu kerana bimbang akan sibuk dalam bidang pendidikan,” katanya.

Bulan lalu, Wincci merakamkan single terbaharun­ya berjudul Meraikan Perpisahan. Proses rakaman dan pembikinan video muzik lagu yang dihasilkan dalam dua versi, Melayu dan Cina itu dilakukan di Jepun.

Majlis pelancaran­nya diadakan di Petaling

Jaya, Rabu lalu. Penyanyi

 ?? [ FOTO MOHD KHAIRUL HELMY MOHD DIN / BH ] ??
[ FOTO MOHD KHAIRUL HELMY MOHD DIN / BH ]
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia