Berita Harian

Dikacau hantu Jepun

-

Sudah lima tahun, Dewi Susanti, aktif memancing di sungai dan kolam.

Sepanjang tempoh itu, hampir semua masa lapang gadis berusia 23 tahun ini dihabiskan untuk memancing, sama ada bersama kawan lelaki atau ditemani adik lelakinya Azri, 20 tahun.

Selepas dua kali, Dewi Susanti mengikut Nor Shareena, rakan kaki pancing yang dikenaliny­a melalui Facebook memancing di Tasik Kayan (bukan nama sebenar) menggunaka­n teknik mengilat atau casting. Dia semakin berminat untuk mempelajar­i dan menguasai kaedah berkenaan.

Dengan menguasai teknik itu Dewi Susanti menggunaka­n umpan tiruan khas.

Bau busuk menusuk hidung

Seperti biasa, pada Sabtu dan Ahad, Dewi Susanti mengisi masa terluang memancing di Tasik Kayan bersama-sama seorang lagi adiknya Ramlan.

Mereka tiba di tepi tasik itu, jam 10 pagi. Tanpa berlengah, dia dan Ramlan masing-masing melontar gewang ke lokasi yang dikatakan tempat ikan toman, haruan dan raja bermain.

Dalam tempoh hampir satu jam, dua beradik itu berjaya menaikkan masingmasi­ng dua toman, raja dan haruan bersaiz dua hingga tiga kilogram, namun semuanya dilepaskan semula.

Dewi Susanti baru menyedari hari sudah petang apabila melihat jarum jam menunjukka­n 3 petang.

Tiba-tiba cuaca berubah dengan langit semakin gelap, diikuti hujan lebat dan angin sedikit kencang menyebabka­n mereka terpaksa mencari tempat berteduh.

Ketika mereka duduk di banir pokok besar, Dewi Susanti dan Ramlan tiba-tiba terhidu sesuatu, bau yang sungguh busuk membuatkan dua beradik itu seram. Bau itu semakin kuat. “Ramlan, kau buang angin ke? Busuknya,” tanya Dewi Susanti kepada adiknya.

Dengar orang berkawad

Mereka menoleh sesama sendiri apabila terdengar bunyi seperti orang bercakap dan kemudian hentakan kaki sekumpulan tentera sedang berkawad yang semakin dekat.

Suara mereka yang sedang berbaris tidak seperti suara orang Melayu, sebaliknya macam orang Jepun. Lepas itu mereka mendengar beberapa orang bercakap seperti sedang bergaduh tiba-tiba diikuti dengan suara orang ketawa, marah, meraung dan suara tangisan perempuan.

Keadaan semakin gelap, kemudian dua beradik ini mendengar suara lelaki bercakap menuju ke arah mereka.

“Ramlan! waktu kita mula datang tadi, kau ada lihat orang lain, berkhemah ke atau tengah buat penggambar­an drama atau filem?,” tanya Dewi Susanti dengan nada berbisik.

“Mana ada orang orang kat sini kak, hanya kita saja. Inilah yang pelik,” jawab Ramlan yang sudah berpeluh takut.

Terperanja­t besar lihat tengkorak

Tiba-tiba, ada sesuatu objek seperti bola atau buah kelapa jatuh berdekatan Ramlan. Oleh kerana gelap, Ramlan tidak dapat melihat objek itu.

Ramlan teringat lampu suluh kecil yang sentiasa diletaknya dalam poket seluar dan terus mengeluark­annya.

Dewi Susanti yang terkejut besar apabila cahaya lampu suluh menerangi objek itu tengkorak manusia. Mereka membuka langkah seribu dan berlari ke arah kereta Kenari yang terletak di tepi jalan, kira-kira 200 meter dari tempat memancing.

Pada masa sama, kedengaran bunyi tembakan seolah-olah peperangan sedang berlaku. Mereka berlari sambil menutup telinga.

Tiba-tiba sebuah kereta membawa sebuah bot aluminium berhenti di belakang kereta Kenari itu.

Nor Shareena dan ayahnya Johan yang hairan melihat dua beradik itu, terus menghampir­i mereka.

“Kenapa ni? tanya

Nor Shareena. “Hantu Jepun,” jawab Ramlan.

Terlihat tentera Jepun berkawad

Johan, berusia 50 tahun kerap memancing di tasik itu terus mendekati Dewi Susanti dan Ramlan.

Dia mengambil air minuman yang dibawanya dan membaca sesuatu sebelum meniup ke dalam air itu. Selepas itu, Johan memberikan kepada Dewi Susanti botol itu dan menyuruhny­a minum, kemudian diberikan kepada Ramlan.

Selepas kedua-duanya tenang, Dewi Susanti memberitah­u Nor Shareena, mereka melihat sekumpulan tentera Jepun sedang berkawad dan menyeksa beberapa tahanan di kawasan itu.

Selepas itu, Johan memberitah­u, daripada cerita orang tua, kawasan berkenaan pernah menjadi kem tentera Jepun.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia