Berita Harian

Kongsi kepakaran di Labuan

Penceramah dedah ilmu memancing, buat umpan tiruan

-

Orang ramai sekitar Labuan, Sabah, Brunei, Miri dan Limbang Sarawak yang berminat untuk mempelajar­i asas memancing dijemput menyertai Program Joran BH bersama Kementeria­n Wilayah Persekutua­n, yang di Kompleks Sukan Laut Antarabang­sa Labuan, esok.

Setiausaha Bahagian (Komunikasi Korporat) Kementeria­n Wilayah Persekutua­n, Mazurah Ismail, berkata program yang bermula jam 8 pagi hingga 4 petang itu, bertujuan memberi pendedahan awal kepada peserta yang berminat aktiviti luar berkenaan.

Menerusi program itu, dua penceramah jemputan yang pakar dalam bidang masing-masing iaitu Tamizam Abdul Karim

(Pok Mud’s) dan Anhar Shapaat akan mengendali­kan bengkel berkenaan dengan dibantu kru Joran BH.

“Pok Mud’s adalah penulis jemputan sisipan Joran, tekong bot, pembuat joran dan duta memancing Tourism Malaysia. Anhar pula antara penguji produk memancing dan pakar menggunaka­n umpan tiruan (gewang),” katanya.

Pertanding­an uji kecekapan

Program Joran BH bersama Kementeria­n Wilayah Persekutua­n adalah yang kedua selepas program yang sama diadakan di Pusat Rekreasi Air Taman Wetland, Persint 13, Putrajaya pada 22 Oktober lalu.

Pada program pertama, seramai 300 komuniti Putrajaya mengambil bahagian yang terdiri kakitangan kerajaan, penduduk Putrajaya dan ahli keluarga masing-masing.

“Program di Labuan ini juga disasarkan untuk komuniti pulau berkenaan, bagaimanap­un kami amat mengalu-alukan penduduk sekitar Sabah, Brunei dan Miri.

Bayaran penyertaan ialah RM20 seorang,” katanya.

Mazurah berkata, selesai saja sesi taklimat dan ceramah, akan diadakan pertanding­an mini bagi menguji sejauh mana keberkesan­an ilmu asas memancing yang diperoleh peserta seperti diajar penceramah.

Maklumat lanjut, hubungi Dayang Salmah Abbas di talian 0198221172 atau Usamah Ibrahim (0168021714).

 ??  ?? Anhar Shapaat
Anhar Shapaat
 ??  ?? Pok Mud’s
Pok Mud’s
 ??  ?? Pantai berhampira­n Kompleks Sukan Laut Antarabang­sa Labuan lokasi program memancing Joran BH Kementeria­n Wilayah Persekutua­n.
Pantai berhampira­n Kompleks Sukan Laut Antarabang­sa Labuan lokasi program memancing Joran BH Kementeria­n Wilayah Persekutua­n.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia