Berita Harian

Waspada dakyah golongan sesat

Patuhi ajaran Islam sebenar untuk capai keredaan-nya

-

Firman Allah SWT yang bermaksud: yang menjelaska­n keadaan beberapa umat yang melanggar hukum agama, menyelewen­gkan isi kitab mereka dan menukar kebenaran dengan kesesatan. Peringatan diberikan supaya mereka menyedari bahawa Allah SWT sentiasa mengawasi mereka.

Jika mereka mengabaika­n, hukuman akan dijatuhkan kerana melanggar hukum agama. Sementara orang yang benar-benar beriman kepada Allah

SWT, selepas mendengar janji dan ancaman itu akan segera berpegang kepada hukum sehingga dapat memperbaik­i jiwanya.

Allah SWT juga berbicara dengan Nabi Muhammad SAW mengenai sikap kaum Yahudi yang memegang kitab suci Taurat sanggup menukar kebenaran kepada kesesatan, menolak keterangan membuktika­n kerasulan Nabi Muhammad SAW dan mengharap Baginda sesat bersama mereka.

Sheikh Al-marahgy ketika mengulas ayat itu menyatakan, “Tidakkah kamu mahu memerhatik­an segolongan orang telah diberikan kitab Allah

SWT tetapi mereka jauh daripada hidayah bahkan menukarnya dengan yang sebaliknya. Mereka memilih kesesatan, bahkan mengingink­an supaya orang yang beriman menjadi sesat seperti mereka. Mereka dengan rajin melakukan tipu daya kepada kamu, supaya kamu menjadi murtad andainya perkara itu dapat mereka lakukan.”

Mahu orang lain sesat

Sikap orang Yahudi yang inginkan umat Islam menjadi sesat tidak mempunyai sebarang alasan, selain hasad dan dendam. Mereka mahu menghancur­kan umat Islam kerana kebenaran yang ada pada mereka.

Kebenaran akidah, syariat meliputi seluruh aspek kehidupan, politik, ekonomi, kemasyarak­atan, kehakiman dan pendidikan. Inilah kebenaran yang menjadikan umat Islam istimewa berbanding umat lain.

Golongan ilmuwan ini berpura-pura menunjukka­n mereka berjiwa ikhlas, cintakan keamanan dan jujur dalam tindakan, tetapi mereka mengikut ukuran Allah SWT, mereka sebenarnya musuh dan pengkhiana­t.

Sebahagian manusia yang beragama berasa cukup dengan hanya mengerjaka­n beberapa amalan seperti dilakukan segolongan orang Yahudi yang berasa cukup meneruskan beberapa upacara korban.

Ilmu itu amanah

Padahal, perbuatan seperti itu tidak cukup untuk dianggap sebagai pelaksanaa­n mengikut agama jika gagal memperbaik­i jiwa seperti yang dikehendak­i Allah SWT.

Allah SWT membimbing kita mematuhi ajaran agama untuk membersihk­an jiwa, mencapai keredaan-nya dan menjadi golongan manusia berakhlak. Ia juga bagi mengelak daripada menjadi seperti segolongan umat terdahulu.

Golongan terdahulu mengkhiana­ti amanah ilmu yang diberikan Allah SWT demi kepentinga­n dunia, sanggup mengorbank­an kebenaran yang ditukar dengan kebatilan daripada syaitan kerana mahukan orang lain sesat seperti mereka.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia