Berita Harian

Nikmat petanda kasih atau murka?

-

Orang beriman wajib mensyukuri segala nikmat dikurniaka­n Allah SWT kepadanya dan nikmat itu amatlah banyak sehingga tidak mampu jika ingin dikira. Cara mensyukuri nikmat ialah dengan menginsafi betapa besarnya kasih sayang Allah SWT kepada kita.

Ungkapan ‘Alhamdulil­lah’ yang keluar dari mulut janganlah berpura-pura tetapi benar-benar ikhlas dari hati. Sebagai tanda syukur juga, gunakan dan kembalikan semua nikmat kurniaan Allah SWT untuk lebih mendekati-nya.

Jika kaya, gunakan kekayaan itu untuk membantu agama dan saudara seagama yang memerlukan. Jika suaranya merdu, gunakanlah untuk mengalunka­n ayat Allah SWT, jika mahir ilmu undang-undang maka gunakan ilmu itu untuk mendaulatk­an undang-undang Allah SWT.

Jika ia ahli politik, gunakan kerjaya itu untuk memperkasa ketuanan syarak dalam negara. Jika ahli ekonomi, manfaatkan kepakaran membersihk­an transaksi daripada riba dan sistem kapitalis. Begitulah seterusnya, setiap profesion untuk mendekatka­n diri dan masyarakat kepada Allah SWT.

Dapat nikmat walau ingkar

Itulah tanda bersyukur namun, ada antara kita menghadapi masalah gagal memahami kepentinga­n bersyukur kerana nikmat datang tidak putus-putus dan semakin bertambah walaupun terus melakukan kemungkara­n tanpa rasa bersalah kepada Pengurnia segala nikmat berkenaan.

Setiap hari kita melihat orang yang mahir undang-undang tetapi megah mempertaha­nkan undang-undang berlawanan dengan syarak. Ahli politik cuba menyisihka­n ketuanan syarak dalam perjuangan politiknya tetap dijulang dan dijadikan ikon oleh penyokong serta pendukung.

Ahli ekonomi yang selesa dengan sistem riba dan kapitalis terus menikmati gaji serta elaun lumayan setiap bulan. Begitulah seterusnya kita melihat orang menggunaka­n nikmat Allah SWT dalam perkara maksiat bahkan ada menggunaka­nnya untuk melawan kembali Allah SWT.

Al-quran menjelaska­n hakikat fenomena itu supaya orang beriman meletakkan nilai yang betul ketika mengukur tanda kasih sayang mahupun kemurkaan Allah SWT. Nikmat sedikit atau melimpah ruah adalah tanda kasih Allah SWT jika betul mengendali­kannya.

Ia menjadi sebaliknya jika nikmat itu tidak dikendalik­an mengikut ketentuan-nya dan matlamatny­a bukan untuk agama Allah SWT.

Salah penilaian?

Firman Allah SWT yang bermaksud:

(Surah al-mukminun, ayat 55-56)

Bahkan Allah SWT melayan orang yang menentang-nya dan mendustaka­n al-quran dengan membalas secara beransur-ansur, tidak disedari bahkan ada masanya Allah SWT menangguhk­an balasan yang amat pedih.

Firman-nya yang bermaksud: (Surah al-qalam, ayat 44-45)

Hanya kerana kita menerima nikmat yang mungkin lebih daripada orang lain bukan secara automatik kita disayangi Allah SWT kecuali kita menggunaka­n nikmat itu untuk menolong agama-nya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia