Berita Harian

Pelbagai aktiviti imarah masjid

-

Walaupun baru berusia setahun jagung, Masjid Tepian Putra yang terletak di tengah-tengah bandar Kuantan adalah antara masjid yang aktif di Pahang menganjurk­an pelbagai program mengimarah­kan rumah Allah SWT sepanjang tahun.

Selain program kuliah agama dan kelas pengajian, masjid berkenaan turut menganjurk­an aktiviti kemasyarak­atan seperti program gunting rambut percuma, kem Smart

Solat serta menyediaka­n kuih dan minuman kepada jemaah yang menunaikan solat Jumaat.

Pengerusin­ya, Abdul Zaki Md Zain berkata, masjid turut menghidang­kan jamuan berat seperti nasi atau mi setiap malam sebagai tanda meraikan jemaah dan menggalakk­an mereka menjalin silaturahi­m.

Beliau yang juga Kadi Daerah Kuantan berkata, hidangan juadah itu juga dapat membantu musafir yang singgah untuk mengalas perut sebelum meneruskan perjalanan mereka dan meringanka­n beban golongan memerlukan.

Masjid Tepian Putra menjadi tumpuan warga Kuantan yang mahu menunaikan solat kerana lokasinya berhampira­n pusat beli belah East Coast Mall dan Akademi Latihan Penerbanga­n Malaysia (MATA).

Prihatin OKU

Menyingkap sejarah masjid itu, asalnya ia adalah Surau Lapang Sasar tetapi apabila tapaknya diambil untuk pembanguna­n, kerajaan negeri meluluskan tapak baru seluas 0.6 hektar di kawasan berhampira­n tapak lama pada 2012.

Pembinaan masjid berjumlah RM2.3 juta itu dibiayai syarikat Jasa Imani Sdn Bhd. Masjid berkenaan kemudian melalui proses penambahan dengan pembinaan ruang seperti gudang yang Tahun Masjid

Tepian Putra dibuka kepada umum digunakan untuk solat serta aktiviti lain seperti penganjura­n kem.

Kubah hitam dan dua menara dicat warna sama bersempena warna bendera Pahang, menjadikan Masjid Tepian Putra satu lagi mercu tanda kepada bandar Kuantan.

Abdul Zaki berkata, bagi memenuhi keperluan semua lapisan masyarakat termasuk orang kurang upaya (OKU), pengurusan masjid menyediaka­n khidmat jurubahasa isyarat supaya golongan cacat pendengara­n memahami teks khutbah yang disampaika­n khatib solat Jumaat.

Katanya, usaha itu dilaksanak­an dengan kerjasama Persatuan Orang Pekak Pahang (PADA) di mana penterjema­h akan berada di satu sudut yang disediakan khas untuk golongan berkenaan bagi memastikan mereka tahu ini pati khutbah yang disampaika­n khatib.

 ??  ?? Jurubahasa isyarat, Muhammad Nidzam Shariffudd­in menggunaka­n bahasa isyarat kepada OKU sewaktu khutbah Jumaat.
Jurubahasa isyarat, Muhammad Nidzam Shariffudd­in menggunaka­n bahasa isyarat kepada OKU sewaktu khutbah Jumaat.
 ??  ??
 ??  ?? Masjid Tepian Putra yang terletak di tengah bandar Kuantan.
Masjid Tepian Putra yang terletak di tengah bandar Kuantan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia