Berita Harian

Sport 410 lebih mengancam

Model baharu supercar Lotus dikagumi

-

Lotus Evora Sport 410 meneruskan transforma­si dalam kereta Supercar dunia sekali gus mencetuska­n persaingan sengit dalam segmen berkenaan.

Generasi baharu Evora yang ternyata efisien dari segi aerodinami­k menggunaka­n DNA Lotus dari model ikonik sebelumnya termasuk Esprit Sport 300.

Evora Sport 410 dihasilkan menerusi program pembanguna­n yang mengambil sehingga ribuan jam oleh Lotus yang mana setiap inci mendapat sentuh teliti bagi memastikan ia sempurna dalam segenap aspek.

Ekzos titanium

Direka untuk litar dan jalan biasa, Evora Sport 410 benar-benar mengagumka­n termasuk dari segi aerodinami­k bagi membolehka­n pemanduan dilakukan dengan penuh kestabilan dalam kelajuan tinggi menerusi penggunaan roda berorienta­sikan prestasi, ekzos titanium baharu hasil rekaan Colin Chapman.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Lotus plc, Jean-marc Gales, berkata “Lotus melonjak kedudukan dengan Evora Sport

410 dan ia ditakrifka­n dengan tempoh masa untuk kami menghasilk­an kereta terbaik.

Kereta paling sempurna

“Ia boleh memecut dari 0-60 batu sejam (mph) dalam hanya 3.9 saat. Kami mencapai begitu banyak pembanguna­n menerusi platform Evora dan Sport 410 berkemungk­inan menjadi kereta paling sempurna yang pernah kami bangunkan.

Antara sentuhan baharu Evora Sport 410 adalah penguranga­n berat lebih 70 kilogram (kg) menerusi penggunaan komponen karbon fiber.

Ia termasuk splitter depan, panel akses depan yang dinaiktara­f, bumbung, peresap belakang dan panel belakang di mana ia membabitka­n penguranga­n besar sembilan setiap satu.

Bagai memastikan kelajuan yang mantap, berat kering kereta ini hanya 1,270 kg (1,280 kg tanpa pilihan sistem ekzos titanium).

Dibangunka­n menerusi projek Lotus 3-Eleven, enjin Evora Sport 410 adalah versi pengecas super berprestas­i lebih tinggi dengan rangkaian kuasa 3.5-liter 6-silinder yang menjana 410 kuasa kuda pada 7,000 rpm dan tork 410 Nm pada 3500 rpm.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia