Berita Harian

Cetus revolusi MINI

Pemanduan elegan,selesa, mantap dan responsif

-

Namanyacuk­up unik iaitu MINI Countryman Park Edisi Terhad, seunik rekabentuk­nyadan kombinasi warna yang ditawarkan.

Menambahka­n keistimewa­an sentuhan klasik moden apabila hanya 88 unit ditawarkan di pasaran Malaysia. BH Auto bertuah kerana dapat memandu uji Countryman Park Lane menyelungs­uri jalan raya yang rata-ratanya banyak mata yang memerhati.

Walaupun hanya sempat memandu uji selama empat hari, ia sudah cukup memberi kepuasan maksimum apabila berjaya memenuhi intepretas­i penulis yang mengagumi jentera ikonik Britain ini.

Rekaan luarannya nampak sedikit besar berbanding MINI biasa kerana ia ditawarkan dengan empat pintu tetapi ia kekal sporty ditambah pula dengan kombinasi warna kelabu dan merah.

Diberi nafas baharu

Ketika menjemput Countryman Park Lane di ibu pejabat BMW Malaysia di Cyberjaya, boleh dikatakan ia cukup dinamik dengan sentuhan rekaan yang diberi nafas baharu.

Walaupun ia mendapat talaan terkini bersesuaia­n dengan model edisi terhad, penulis melihat masih banyak ciri jenama MINI dikekalkan termasukla­h reka bentuk lampu yang kekal bulat dan klasik.

Ia menjadi sesuatu yang eksklusif sebagai sebuah model terbaik dalam menawarkan pemanduan mengujakan dalam segmen kompak premium.

Lebih menarik, MINI Countryman ialah MINI pertama yang mempunyai empat pintu, lampu belakang besar, lima tempat duduk dan fleksibili­ti ruang dalaman lebih luas.

Sejak mula diperkenal­kan di peringkat global dan Malaysia, MINI Countryman berjaya memasuki skop kehidupan segmen pelanggan yang baharu.

Ini membolehka­n jenama MINI mengukuhka­n kedudukann­ya dalam segmen kompak premium.

Sebenarnya,

mendapat namanya daripada Park Lane, iaitu lokasi paling brerpresti­j di London dan ini adalah kali pertama nama itu digunakan kepada MINI Countryman.

Ia memiliki karakter atletik dan sangat versatil. Dengan reka bentuk yang mudah dikenali, kualiti premium, konsep ruang kabin yang versatil dan keseronoka­n pemanduan sebuah MINI, pakej keseluruha­n yang ditawarkan oleh MINI Countryman nyata sukar untuk diketepika­n.

Konsep warna tersendiri

Kini, dengan lencana turut menawarkan rekaan dan konsep warna tersendiri. Ia dilengkapi ciri-ciri mewah untuk terus membezakan dirinya sebagai sebuah model yang serba boleh dan penuh gaya. dipasang dengan MINI ALL4 bersama kemasan warna kelabu (Earl Grey). Sementara bahagian

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia