Berita Harian

Ciriters en diri

Sesuai seb ag ai tung g ang an harian dan jarakjauh

-

Kali pertama diperkenal­kan pada 2013, Honda CB500X menampilka­n enjin, casis dan komponen asas seperti dua model utama lain pengeluar motosikal Jepun itu, iaitu CBR500R and CB500F.

Siri 500cc CB500X versi 2016 yang dilancarka­n seiring dengan model supersport CBR500R (RM31,681.28) dan model naked CB500F (RM31,363.28), adalah sebuah model dalam segmen kembara yang pastinya untuk perjalanan jauh serta tunggangan harian.

Boleh dikatakan siri

500cc adalah dikira model permulaan bagi penunggang yang baru berjinak dengan motosikal berkuasa tinggi. Namun lazimnya, model permulaan sebegini adalah dalam kategori supersport dan naked, amat jarang diperkenal­kan model kembara seperti CB500X.

BH Auto mendapat peluang menunggang uji model ini sumbangan Boon Siew Honda pada minggu lalu.

M otosik al k embara

Dipacu enjin berkapasit­i 471cc, silinder berkembar selari, penyejukan cecair dengan penjanaan kuasa 46.6 bhp, menjadikan CB500X dalam kategori motosikal kembara yang tersendiri kerana hampir kebanyakan model pesaingnya adalah berkapasit­i 600cc dan ke atas.

Model kembara ini agak rendah dengan ketinggian tempat duduk 810 milimeter (mm) justeru membolehka­n penulis yang berketingg­ian 162 sentimeter (cm) agak selesa untuk menegakkan motosikal.

Posisi tunggangan yang menegak dan bentuk kusyen tempat duduk yang selesa, selain mudah dikawal, menjadikan model ini praktikal, bukan saja untuk jarak jauh, malah ia sesuai digunakan sebagai tunggangan harian ke tempat kerja.

Cuma skrin penghadang angin agak kurang berkesan membendung tamparan angin ke topi keledar walaupun dilaraskan pada tahap paling tinggi. Walau begitu ia lebih baik daripada tiada langsung skrin berkenaan.

Dengan kelajuan maksimum sekitar 180 kilometer sejam (km/j), CB500X bukan dalam kategori perlahan, selagi anda berada dalam gear yang betul, ia sentiasa menyediaka­n pecutan yang memuaskan.

Tunggangan mengasyik k an

CB500X juga menyajikan tunggangan yang mengasyikk­an pada laluan berliku. Motosikal terasa melekat padu pada setiap selekoh dengan bantuan gigitan tayar standard Pirelli Scorpion. Ia meningkatk­an keyakinan untuk membelok pada kelajuan yang tinggi.

Dari segi penggunaan petrol, CB500X amat jimat. Dalam tempoh tunggang uji selama lima hari, purata penggunaan petrol seperti terpapar pada skrin LCD meter adalah 29.930117 kilometer seliter. Kapasiti tangki minyak CB500X adalah 17.5 liter, yang mana mampu mencapai jarak lebih 480 km.

Pada harga termasuk Cukai Barang dan Perkhidmat­an (GST) RM31,893.28 bagi CB500X dan RM35,391.28 bagi CB500XA dengan sistem brek cegah kunci (ABS), ia amat berbaloi. Jika anda mencari motosikal yang selesa untuk tunggangan harian dan jarak jauh, CB500X adalah model yang boleh dipertimba­ngkan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia