Berita Harian

Pen u hi gaya trak pikap

-

Pengenalan Chevrolet Colorado merancakka­n pasaran trak pikap di Malaysia terutama dalam segmen kapasiti paling hangat iaitu di bawah 2.8 liter.

Menyedari pasaran yang semakin memuncak dalam kapasiti berkenaan Naza Quest Sdn Bhd, pengimport dan pengedar kenderaan Chevrolet di Malaysia juga tidak mahu ketinggala­n untuk bersaing.

Mendapat jolokan sebagai trak Chevrolet Amerika terhebat, Colorado baharu ini ditawarkan pada harga jualan bermula RM90,188 seunit.

Lebih menarik, Colorado baharu hadir dengan rekaan dalaman dan luaran baharu, menambahka­n lagi gayanya yang turut diterapkan dengan prestasi terbaik, keselamata­n jitu, lebih keselesaan dan menerajui teknologi dalam segmennya.

Model jenama dari Amerika Syarikat itu ditawarkan dengan tiga varian iaitu 2.5L Duramex Turbo-diesel FGT, 2.5L Duramex Turbo-diesel VGT dan 2.8L Duramex Turbo-diesel VGT.

Jaminan lima tahun

Varian 2.5L Duramex Turbodiese­l FGT 6-kelajuan manual mampu menghambur­kan 163 kuasa kuda (hp) dan tork maksimum 380Nm.

Bagi varian 2.5L Duramex Turbo-diesel VGT pula ditawarkan dengan transmisi 6-kelajuan automatik yang menjana 180hp dan 440Nm, manakala 2.8L Duramex Turbo-diesel dengan 6-kelajuan automatik yang menghasilk­an 193hp kuasa dan 500Nm tork.

Naza Quest turut menawarkan jaminan lima tahun atau 200,000 kilometer (km) perbatuan.

Naib Presiden Naza Quest, Mohd Farid Rosli, berkata Colorado baharu juga bakal menjadi pemacu utama kepada sasaran jualan kenderaan Chevrolet di Malaysia.

“Pengenalan Colorado akan memberi sumbangan sangat penting kepada pertumbuha­n jualan Chevrolet di Malaysia tahun depan.

“Sebab itu kita yakin untuk mencapai sasaran 2,200 unit bagi 2017.

“Kita jangkakan

Colorado menyumbang

1,300 unit atau 60 peratus daripada jualan keseluruha­n Chevrolet tahun depan,” katanya kepada media selepas majlis pelancaran Chevrolet Colorado, di Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Perasmian disempur- nakan oleh Pengarah Pengedaran dan Operasi Asia Tenggara General Motors Internatio­nal, Gary Player.

Yang turut hadir, Pengerusi Eksekutif

Bersama Naza Group of Companies, Datuk Wira SM Faisal SM Nasimuddin.

 ??  ?? Ruang kabin lebih selesa untuk trak pikap.
Ruang kabin lebih selesa untuk trak pikap.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia