Berita Harian

Pembanguna­n PKS menerusi e-dagang perlu diutama: PM

Kerajaan pastikan sektor capai sasaran jangka panjang

-

Pembanguna­n sektor perusahaan kecil dan sederhana (PKS) melalui e-dagang adalah antara langkah utama yang perlu diambil kerajaan untuk memastikan sektor itu dapat mencapai sasaran jangka panjang.

Perdana Menteri, Datuk Seri Na- jib Tun Razak, berkata meskipun dalam keadaan ekonomi semasa yang mencabar, kementeria­n dan agensi diingatkan agar terus komited dalam melaksanak­an program pembanguna­n PKS di bawah portfolio masing-masing.

Kedua-dua perkara itu disuarakan Perdana Menteri yang juga Menteri Kewangan, ketika mempengeru­sikan Mesyuarat Majlis Pembanguna­n PKS Kebangsaan (MPPK) ke-21 di sini, semalam, demikian menurut kenyataan dikeluarka­n SME Corp sempena mesyuarat itu.

Selain 15 menteri yang berkaitan, ketua agensi utama dan perwakilan dari Sabah dan Sarawak, Perdana Menteri tiga kementeria­n baharu menyertai MPPK iaitu Kementeria­n Pendidikan, Kementeria­n Pembanguna­n Wanita, Keluarga dan Masyarakat serta Kementeria­n Belia dan Sukan.

“Barisan ahli baharu ini akan memastikan konsultasi yang lebih inklusif dan menyeluruh untuk memberi manfaat kepada PKS dalam semua segmen,” katanya.

KDNK PKS dijangkaka­n lima ke enam peratus

Menurut SME Corp, berdasarka­n petunjuk terkini dan hasil kaji selidik bagi suku ketiga tahun ini, prestasi PKS terus berada pada landasan pertumbuha­n sedia ada sehingga suku pertama 2017.

“Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) PKS dijangkaka­n berada dalam lingkungan lima ke enam peratus pada 2016 dan 2017 berbanding 6.1 peratus pada tahun lalu,” katanya.

SME Corp berkata, pertumbuha­n itu dijangka disokong oleh aktiviti penggunaan domestik dan pelanconga­n dalam negeri, yang berkait rapat dengan prestasi PKS.

Sejajar pengisytih­aran 2017 sebagai Tahun Promosi PKS dan syarikat permulaan, kerajaan mengumumka­n peruntukan sebanyak RM6.7 bilion untuk pembanguna­n PKS dalam Bajet 2017, baru-baru ini.

 ?? [FOTO MALAI ROSMAH TUAH/BH]] ??
[FOTO MALAI ROSMAH TUAH/BH]]

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia