Berita Harian

Aktiviti spekulatif heret kejatuhan ringgit

Mata wang menjunam ke paras terendah harian pada 4.4115

- Oleh Shahrizan Salian dan Che Wan Badrul Alias

Kejatuhan mendadak ringgit terutama pada sesi pagi semalam sebelum pulih sedikit pada penutup dagangan tempatan, sebahagian besarnya dipengaruh­i oleh aktiviti spekulatif dan faktor luaran susulan pemilihan presiden baharu Amerika Syarikat (AS), kelmarin.

Mata wang tempatan dibuka pada 4.2670 berbanding satu dolar AS dan kemudian menjunam ke paras terendah harian pada 4.4115, sebelum pulih kepada 4.2802 berbanding dolar pada akhir urus niaga. Ia susulan kenyataan Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM) bagi meredakan panik di pasaran.

Paras terendah harian itu adalah tahap terendah dalam tempoh 14 bulan iaitu 4.4812 yang dicatat pada 29 September 2015. Ringgit pernah mencatat 4.5395 berbanding dolar pada September 2004.

Dipengaruh­i faktor luaran

Penganalis­is bersependa­pat, kejatuhan ringgit semalam tidak menggambar­kan asas ekonomi negara yang sebenar, sebaliknya dipengaruh­i faktor luaran seperti dasar antiperdag­angan Donald Trump, lonjakan bon perbendaha­raan 10 tahun AS dan jangkaan Rizab Persekutua­n AS (Fed) menaikkan kadar faedah menjelang Disember.

Ketua Ahli Ekonomi, Bank Islam Malaysia Bhd, Dr Afzanizam Abdul Rashid, berkata aktiviti kontrak hadapan yang tidak diserah (NDF) bersifat derivatif membuka ruang kepada aktiviti spekulasi kerana memiliki banyak pengaruh gangguan yang memberi kesan limpahan dalam pasaran.

Katanya, jika dilihat nilai ringgit berbanding dolar AS dalam kontrak NDF bagi tempoh 12 bulan, ia mencecah 4.62 pada sesi dagangan pagi kelmarin, mewujudkan sentimen negatif dan cakap-cakap pasaran berhubung tambatan ringgit.

“Justeru, adalah penting kedudukan Rizab Antarabang­sa BNM melebihi piawaian minimum iaitu tiga bulan, menunjukka­n bank pusat mempunyai sumber yang berupaya menstabilk­an kemeruapan di dalam nilai ringgit.

“Rizab antarabang­sa yang berada pada paras AS$97.8 bilion mampu membiayai import tertunggak selama 8.4 bulan dan sememang melebihi piawaian minimum tiga bulan,” katanya kepada BH di sini, semalam.

Risiko sukar diramal

Mengulas risiko kejatuhan ringgit akan berterusan, Afzanizam berkata, ia sukar diramal kerana sentimen luaran yang masih tidak stabil dan pasaran mata wang yang memiliki kemeruapan tinggi atau currency overshoot.

Sementara itu, BNM dalam kenyataan semalam berkata, ia akan mengambil langkah memastikan ringgit tidak didagangka­n secara berlebihan dan tidak wajar di pasaran, selain menyediaka­n kecairan tunai dalam pasaran tukaran asing.

 ?? [FOTO ASYRAF HAMZAH/BH] ?? Orang ramai berbaris menunggu giliran membuat pertukaran wang di sebuah pusat beli-belah di Kuala Lumpur, semalam.
[FOTO ASYRAF HAMZAH/BH] Orang ramai berbaris menunggu giliran membuat pertukaran wang di sebuah pusat beli-belah di Kuala Lumpur, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia