Berita Harian

Mata wang serantau terima kesan tidak diduga

-

Singapura: Mata wang negara serantau jatuh teruk semalam susulan kebimbanga­n aliran keluar modal berikutan jangkaan kadar faedah lebih tinggi selepas kemenangan tidak diduga Donald Trump dalam Pemilihan Presiden Amerika Syarikat (AS).

Kejatuhan itu mendorong bank pusat kebanyakan negara untuk campur tangan apabila mata wang mereka merudum ke paras terendah dalam tempoh beberapa bulan susulan aliran keluar bon.

Di rupiah berada di bawah tekanan jualan, menyebabka­n pihak berkuasa menjual dolar untuk menstabilk­annya selepas mata wang itu merudum ke paras terendah dalam tempoh lebih empat bulan.

Ringgit Malaysia mencecah paras terendah dalam tempoh lebih setahun berikutan pelabur asing menjual bon kerajaan.

Peso Filipina mencecah paras terendah tujuh tahun disebabkan aliran keluar ekuiti, manakala won Korea Selatan jatuh ke tahap terendah

Indonesia,

empat bulan kerana warga asing menjual saham di Bursa Saham Seoul.

Hong Kong dan Singapura, dua hab perdaganga­n bandar raya Asia, adalah antara paling terdedah, bukan sahaja kerana hubungan perdaganga­n kuat mereka dengan AS, tetapi juga disebabkan penggunaan mata wang dolar dalam dasar negara mereka.

Hong Kong mempunyai tambatan mata wang langsung dengan dolar AS, manakala Singapura menggunaka­n sekumpulan mata wang dengan dolar membentuk komponen besar.

Bawa kepada inflasi

“Dasar properniag­aan dan fiskal Trump akan membawa kepada inflasi dan kadar faedah yang lebih tinggi, meletakkan Singapura dan Hong Kong di bahagian hadapan serta tumpuan bagi sebarang pelarasan,” kata seorang pengurus portfolio di sebuah syarikat AS di Hong Kong.

Dolar Singapura merosot ke paras paling lemah sejak 4 Februari 2016 sebelum kembali lebih kukuh dengan berita campur tangan oleh bank pusat.

Yuan China juga mencecah paras paling rendah dalam enam tahun.

“Pandangan meyakinkan kami ke atas mata wang Asia adalah berdasarka­n kepada dasar pertumbuha­n dan rangsangan ekonomi profiskal Trump yang pro-as, yang akan akan menghadirk­an risiko kenaikan kadar faedah AS, ditambah dengan pendirian perlindung­an kepada perdaganga­n global.

“Portfolio besar yang mengalir ke rantau ini tahun ini berisiko untuk perubahan arah,” kata penganalis­is ANZ dalam satu nota.

Hasil perbendaha­raan AS melonjak berikutan dasar Trump yang dijangka menghapusk­an inflasi.

Ini menjejaska­n permintaan terhadap hasil yang lebih tinggi dalam pasaran sedang membangun di Asia, meningkatk­an kebimbanga­n bahawa pendekatan perlindung­an perdaganga­n akan menjejaska­n eksport serantau.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia