Berita Harian

Penyusutan nilai mata wang beri manfaat pelabur runcit

-

Kuala Lumpur: Kejatuhan ringgit semalam membawa keuntungan kepada pelabur runcit mata wang yang membeli unit tempatan itu mengguna dolar Amerika Syarikat (AS).

Bagi mereka, ia masa sesuai untuk mendapatka­n keuntungan dalam pelaburan berikutan berlakunya kenaikan mata wang AS$.

Tinjauan BH di beberapa syarikat pengurup wang di sini, mendapati selain pelabur runcit mata wang, pelajar antarabang­sa turut mengambil peluang untuk menukar dolar AS kepada Ringgit.

Jurucakap syarikat pengurup wang Skyxchange, berkata lebih AS$30,000 dibeli pelabur runcit dan pelajar antarabang­sa, sehingga petang semalam berbanding sekitar AS$10,000 hingga AS$20,000 yang direkodkan pada hari biasa.

Jualan unit dolar AS perlahan

“Ketika ringgit mencecah paras 4.34 kirakira jam 2 petang (semalam), seorang pelanggan menukar AS$5,000 kepada mata wang kita.

“Jualan unit dolar AS pula agak perlahan sepanjang hari kerana nilai ringgit pada suatu ketika mencecah 4.47 berbanding dolar Amerika,” katanya ketika ditemui, semalam.

Pelabur runcit mata wang yang hanya mahu dikenali sebagai Nazrin, 28, berkata sebaik saja mengetahui nilai ringgit jatuh, beliau terus menjual AS$1,000 pada paras 4.30.

Dapat sedikit untung

“Cuma saya sedikit terlambat kerana pada waktu tengah hari tadi (semalam), nilai ringgit mencecah 4.35 berbanding AS$1.

“Dapatlah sedikit untung kerana ketika saya membeli AS$1,000 beberapa hari lalu saya bayar kira-kira RM3,900, tapi sekarang bila jual semula saya dapat RM4,300,” katanya.

Kesempatan sama turut seorang pelajar antarabang­sa dari Maldives, Ahmad Musa Didi, 28, yang menukar AS$500 kepada Ringgit sebaik mengetahui nilai wang tempatan jatuh.

“Sememangny­a setiap bulan saya akan menukar dolar AS kepada Ringgit untuk perbelanja­an harian di negara ini. Namun apabila tahu nilai dolar AS naik, saya terus tukar wang itu dan menerima RM2,135,” katanya.

Beri kesan kepada rakyat Malaysia

Bagaimanap­un, kejatuhan nilai ringgit turut memberi kesan kepada rakyat Malaysia yang mahu berkunjung ke Amerika Syarikat untuk urusan kerja.

Kakitangan awam, Nasarudin Selamat, 32, yang akan berlepas ke Amerika Syarikat (AS) untuk tugasan, minggu depan, berkata beliau terpaksa membayar lebih untuk unit dolar AS kerana tiada pilihan.

“Saya menukar RM5,000 dan hanya memperoleh AS$1,139 ketika nilai Ringgit berbanding dolar pada paras 4.39,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia