Berita Harian

Malaysia, UK bersahabat tanpa prejudis

Kesungguha­n negara perbetul persepsi Barat mengenai ajaran Islam sebenar bukan tugas mudah

-

Dingin musim luruh tidak langsung meredakan suhu jiwa Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi ketika menyuaraka­n kesungguha­n Malaysia memperbetu­lkan perspektif Barat terhadapaj­aranislams­ebenar.

Sepanjang lawatan lima harinya ke United Kingdom (UK) bermula 7 November lalu, Timbalan Perdana Menteri komited menyatakan iltizam Malaysia dalam menyebar luas konsep wasatiyyah sebagai amalan kehidupan.

Ketika dunia dibaluti pelbagai prasangka dan kemenangan Donald Trump pada pemilihan Presiden Amerika Syarikat (AS) mencetuska­n bibit kebimbanga­n umat Islam di seluruh dunia, Malaysia memilih untuk mengislahk­an radikalism­e dan ekstremism­e.

Seperti dinyatakan Ahmad Zahid di hadapan kira-kira 400 sarjana dan jemputan di Auditorium Malaysia Pusat Pengajian Islam Oxford (OCIS), tanggungja­wab mengislahk­an segala elemen negatif membabitka­n faktor dalaman dan luaran, perlu digalas bersama.

Cabaran besar

Bagaimanap­un, cabarannya bukan sedikit, terutama dengan kewujudan kumpulan militan seperti Daesh yang melakar gambaran songsang mengenai Islam, sematamata untuk memenuhi agenda peribadi.

Timbalan Perdana Menteri berkata, usaha membantera­s keganasan termasuk yang memalit nama baik Islam, perlu didengari masyarakat dunia menerusi penjelasan konsisten, manakala persepsi negara Barat perlu didepani serta dicari penyelesai­an tuntas supaya Islam tidak terus-menerus diburukkan.

Aspek wasatiyyah turut dikongsi bersama rakan sejawatann­ya dari UK, Amber Rudd, malah hasil perbincang­an berkemungk­inan membawa kepada persidanga­n berkaitan kesederhan­aan di London jika dipersetuj­ui pemimpin kedua-dua negara.

Tampil pertahanka­n Islam

Ahmad Zahid yakin semakin banyak negara akan tampil mempertaha­nkan ajaran Islam sebenar Timbalan Perdana Menteri

 ?? [FOTO BERNAMA] ?? Ahmad Zahid mengadakan perjumpaan dengan delegasi Syarikat Thales UK dalam lawatan kerja ke United Kingdom, semalam.
[FOTO BERNAMA] Ahmad Zahid mengadakan perjumpaan dengan delegasi Syarikat Thales UK dalam lawatan kerja ke United Kingdom, semalam.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia