Berita Harian

Contohi Indonesia pertahan bahasa

-

Kuala Lumpur: Bahasa Melayu mungkin lenyap jika ia terus dianaktiri­kan oleh penutur asalnya, iaitu bangsa Melayu sendiri sehingga gagal menjadi contoh untuk diikuti kaum lain.

Felo Utama, Institut Kajian Etnik Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof Datuk Dr Teo Kok Seong yang bimbang dengan nasib bahasa kebangsaan, berkata sikap terlalu mengagungk­an bahasa Inggeris sehingga meminggirk­an bahasa Melayu berlaku di semua peringkat.

“Pada peringkat tertinggi, iaitu pada majlis atau program kelolaan kerajaan, mengapa perlu campur aduk dua bahasa, walhal kita boleh gunakan bahasa Melayu secara keseluruha­n. Tindakan daripada kerajaan sendiri memperliha­tkan bahasa Melayu dipinggirk­an.

Sudah hilang arah

“Kita seolah-olah sudah hilang arah, bahasa Inggeris pula yang dimartabat­kan. Sekarang sudah terbalik, bahasa Melayu berciciran, bahasa Inggeris pula kita junjung. Bukankah kita sepatutnya junjung bahasa rasmi negara dan pada masa sama, bahasa Inggeris kita dukung,” katanya.

Beliau yang pernah menerima anugerah Tokoh Pemartabat Bahasa Melayu juga mahu semua pihak di negara ini mencontohi rakyat Indonesia yang amat menyanjung­i tinggi bahasa mereka yang berfungsi sebagai ejen penyatuan dan perpaduan.

Sementara itu, Pensyarah Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (ASWARA) yang juga Ketua Angkatan Sasterawan Indera (AKSARA), Abdul Rahim Abdullah, berkata bahasa Melayu terpinggir disebabkan rakyat, terutama orang Melayu sendiri dibelenggu krisis keyakinan.

Katanya, mereka yang lebih cenderung menggunaka­n bahasa Inggeris mendakwa ia lebih sedap didengar, ringkas dan padat berbanding bahasa Melayu.

Kelmarin, pakar bahasa Melayu, Prof Emeritus Datuk Dr Nik Safiah Karim pada Konvensyen Nasional Penyatuan Bangsa 2016, menegaskan penggunaan bahasa Melayu kini menghadapi cabaran rakyat sendiri yang sangat rapuh ekoran jati diri mereka yang masih belum jelas.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia