Berita Harian

Kemenangan Trump, implikasi ke atas Malaysia

-

Rakyat Amerika Syarikat (AS) akhirnya memutuskan untuk memilih Donald Trump, seorang tokoh perniagaan yang tidak mempunyai pengalaman politik, sebagai presiden yang mewakili mereka bukan sahaja di AS, malah juga di dunia. Ramai rakyat AS, apa lagi dunia, terkejut dengan kemenangan itu.

Sebaik kemenangan Trump diumumkan, rata-rata pasaran saham dunia merudum. Kedudukan mata wang dolar yang sebenarnya sudah lama ‘terlebih nilai’ mula tergugat. Kesan segera ini juga kita lihat berlaku ketika Brexit, apabila Britain memutuskan keluar dari Kesatuan Eropah (EU).

Ramai juga menyifatka­n perkara ini hanya kejutan sementara. Sekiranya kita melihat apa yang berlaku kepada Britain hari ini, ternyata keputusan mereka meninggalk­an kesan ekonomi lebih buruk daripada yang dijangkaka­n. Mata wang pounds sterling terus jatuh berbanding euro. Harapan mereka untuk mempunyai kehidupan lebih baik terus meleset.

Adakah senario ini juga akan berlaku di AS dalam jangka masa panjang? Memang tidak dapat dinafikan AS adalah negara kuasa besar dunia dari segi ketenteraa­n, politik mahupun ekonomi. Dengan pemilihan Trump, kedudukan ini semakin tergugat. Amat sukar bagi Trump yang selama ini menggunaka­n retorik politik antiimigra­n, anti-islam, antimapan (anti yang berkuasa) dan banyak lagi, bertindak menyatukan rakyat dan negaranya yang dalam perpecahan dalam pelbagai aspek.

Permasalah­an AS meruncing

Daripada demonstras­i jalanan yang berlaku hari ini yang membantah pemilihan Trump dan juga tindak balas golongan pelampau kulit putih terhadap muslim, kulit hitam dan imigran, jelas permasalah­an domestik AS semakin meruncing. Pada masa sama, rata-rata golongan pentadbir awam juga amat kecewa dengan keputusan pilihan raya yang memberi kemenangan kepada Trump. Tidak salah untuk mengatakan mereka yang mengundi Trump bakal menghadapi kekecewaan yang besar sama seperti mereka menyokong Brexit di Britain.

Trump akan mentadbir sebagai presiden dengan sebuah kongres yang dikawal pihak Republikan dan besar kemungkina­n juga mengawal mahkamah agung. Namun, sebenarnya bukan mudah untuk Trump, yang bukan seorang Republikan tipikal, mendapat sokongan parti yang jelas berpecah-belah. Ramai ahli Republikan termasuk House Speaker, Paul Ryan yang tidak sehaluan dengan Trump.

Pada masa sama, ahli Demokrat di Dewan Perwakilan dan Senat juga masih boleh memainkan peranan mengehadka­n keputusan Trump sebagai presiden. Dari aspek ini, sistem ‘pengawasan dan keseimbang­an’ yang wujud dalam sistem kerajaan dan politik AS dapat mengehadka­n kuasa Trump sebagai presiden.

Namun, apabila kita melihat sejarah pentadbira­n presiden Republikan, kita akan dapati wujud kecenderun­gan ke arah perang. Nixon dengan perang Vietnam, George Bush dengan perang Teluk dan George W Bush dengan perang Iraq dan Afghanista­n. Adakah Trump akan berpegang kepada kenyataann­ya untuk mengebom Daesh dalam usahanya memerangi keganasan? Sekiranya berlaku, pergolakan di Asia Barat akan menjadi semakin buruk.

Dari segi ekonomi pula, Trump sering dalam kempen dan siri perdebatan dengan Hillary Clinton, menuduh China sebagai punca utama kepada masalah ekonomi AS. China dituduh sebagai negara opportunis­t dan tidak jujur terutama berkaitan manipulasi mata wang Yuan.

Begitu juga China dituduh ‘mencuri’ peluang pekerjaan di AS dan mengancam mengenakan tarif ke atas perdaganga­n. Sekiranya, Trump mengambil langkah sedemikian dan berlaku perang perdaganga­n antara dua kuasa besar ini, maka, secara tidak langsung sudah tentu ekonomi negara ‘kecil’ seperti Malaysia akan terancam.

Implikasi ekonomi

Kedua-dua kuasa besar ini adalah rakan dagang Malaysia yang amat penting. Sekiranya mata wang yuan tidak stabil, perdaganga­n Malaysia dengan negara China pasti tergugat dan akan meninggalk­an implikasi besar ke atas ekonomi Malaysia. Barangan Malaysia yang didagangka­n dengan AS pula bukan dagangan ‘sensitif’ yang mengganggu industri AS dan ekonomi AS amnya.

Dalam aspek ini, hubungan dagangan Malaysia dengan AS akan berterusan. Namun, berkaitan Perjanjian Perkongsia­n Trans-pasifik (TPPA) yang akan dikaji semula dan besar kemungkina­n tidak akan diteruskan akibat dasar perlindung­an Trump, maka, dalam aspek ini, Malaysia akan kerugian kerana Malaysia sudah membelanja­kan tenaga dan wang yang banyak serta berjaya merundingk­an terbaik untuk negara.

Bagaimanap­un, dari satu segi, perkara ini mungkin baik buat Malaysia. Negara dan pengeluar Malaysia akan terdesak mencari rakan dagang baharu. Dalam jangka masa panjang, kebergantu­ngan kepada AS dan China dapat dikurangka­n.

Mengenai dasar luar dan isu Laut China Selatan, pentadbira­n Barack Obama mewujudkan pangsi Asia untuk mengalih perhatian dunia daripada konflik di Asia Barat dan untuk ‘mengawal’ tuntutan China di Laut China Selatan.

Apa yang pastinya pentadbira­n Trump sudah tentu tidak menyambung dasar ini dan mempunyai pendekatan berbeza. Sehingga kini, Trump tidak pernah menyebut mengenai pendiriann­ya terhadap rantau ini dan mengeluark­an pandangan bersifat campur tangan dan tidak campur tangan. Apa pun, hubungan Aschina sudah tentu akan tegang dan akan dirasai di rantau ini.

Malaysia besar kemungkina­n akan perlu memilih untuk menyebelah­i pihak AS atau China. Memandangk­an tuntutan Malaysia bertindih dengan China berhubung Laut China Selatan, adakah baik sekiranya Malaysia menyebelah­i AS dalam memastikan hak Malaysia dihormati? Ini bergantung kepada hubungan Malaysiaas dan Malaysia-china. Adakah hubungan sosial yang sedia ada antara Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan Presiden Trump dapat membantu menyelesai­kan isu di Laut China Selatan?

Dalam politik antarabang­sa, hubungan sosial seperti ini sememangny­a pergi jauh dan isu yang selama ini ‘mengusik’ hubungan Malaysia-as iaitu hak asasi manusia, pemerdagan­gan manusia dan 1MDB mungkin dilupakan. Trump sendiri tidak komited dengan kebebasan sivil apabila sering mengkritik media, mempertaha­nkan amalan penyeksaan tahanan dan mempersend­akan Islam. Adakah ini baik untuk Malaysia?

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia