Berita Harian

Zaid Ibrahim, 2 lagi gagal cabar keputusan Peguam Negara

Mahkamah Tinggi tolak permohonan berhubung siasatan kes SRC, dana RM2.6B

- Oleh Siti Nurazlinee Azmi

Bekas menteri, Datuk Mohd Zaid Ibrahim bersama dua lagi gagal dalam permohonan masing-masing berkaitan semakan kehakiman bagi mencabar keputusan Peguam Negara menutup siasatan dan tidak mahu merangka pertuduhan jenayah terhadap Datuk Seri Najib Tun Razak.

Ia berikutan keputusan Mahkamah Tinggi di sini, semalam menolak permohonan bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri itu serta bekas Naib Ketua UMNO Bahagian Batu Kawan, Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan dan Majlis Peguam bagi mencabar keputusan berkenaan.

Mohon mula prosiding

Mohd Zaid memohon memulakan prosiding semakan kehakiman bagi mencabar keputusan Peguam Negara, Tan Sri Mohamed Apandi Ali berhubung siasatan kes SRC Internatio­nal (SRC) dan dana RM2.6 bilion.

Khairuddin pula memohon semakan kehakiman berhubung perintah membatalka­n keputusan Mohamed Apandi bahawa tiada kesalahan dibuat Perdana Menteri berhubung tiga kertas siasatan SPRM, manakala Majlis Peguam memohon semakan kehakiman terhadap keputusan Peguam Negara tidak meneruskan dakwaan ke atas Najib.

Keputusan menolak tiga permohonan berkenaan dibuat dalam kamar Hakim Datuk Hanipah Farikullah dan kemudian dimaklumka­n oleh Peguam Kanan Persekutua­n, Datuk Amarjeet Singh kepada pemberita.

Amarjeet berkata, permohonan itu ditolak kerana kuasa Peguam Negara mengikut Perkara 145 Perlembaga­an Persekutua­n tidak boleh dicabar atau dipersoalk­an di mahkamah.

“Mahkamah tiada kuasa terhadap perkara itu. Mahkamah menerima penjelasan Peguam Negara di dalam afidavitny­a bahawa keputusan untuk menutup kes terbabit adalah keputusan pentadbira­n.

Bebas siasat semula kes

“Oleh itu, Suruhanjay­a Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bebas untuk membuka semula kes dan menyiasatn­ya berdasarka­n bukti dan fakta baharu yang diterima mereka berhubung isu derma dan SRC seperti dinyatakan,” katanya.

Beliau berkata, permohonan adalah remeh memandangk­an pihak pemohon tiada sebarang pengetahua­n berhubung maklumat yang diberikan Peguam Negara berdasarka­n tiga kertas siasatan terbabit, sekali gus mahkamah menolak semua permohonan tanpa kos kerana perkara itu membabitka­n kepentinga­n awam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia