Berita Harian

Polis siasat kenyataan hasutan Twitter @zaidibrahi­m

-

Kuala Lumpur: Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar mengarahka­n Pusat Tindak Balas Siasatan Siber Polis (PCIRC) Polis Diraja Malaysia (PDRM) menyiasat kenyataan berbaur hasutan yang dimuat naik menerusi akaun Twitter menggunaka­n nama Zaid Ibrahim @zaidibrahi­m, semalam.

Khalid menerusi akaun Twitternya, meminta PCIRC memanggil pengendali akaun Twitter berkenaan bagi mendapatka­n penjelasan berhubung mesej yang dimuat naik itu yang turut dianggap cubaan mengeliruk­an orang ramai.

Tindakan tidak wajar

Ketika dihubungi BH malam tadi, beliau berkata, tidak menjadi kesalahan jika seseorang mahu meluahkan rasa tidak puas hati, namun mengeluark­an kenyataan berbaur hasutan adalah tindakan yang tidak wajar.

“Sebagai bekas menteri yang ada kaitan dengan hal ehwal perundanga­n, dia sewajarnya sedar apakah kesan daripada tindakanny­a itu,” katanya.

Kenyataan yang dimuat naik menerusi akaun Twitter @zaidibrahi­m pada jam 10.04 pagi semalam, tidak memetik nama mana-mana individu, namun secara umum hanya menyebut Perdana Menteri dan Peguam Negara.

(Sekiranya anda adalah Perdana Menteri yang ‘jahat’, apa yang anda perlu buat adalah melantik Peguam Negara yang ‘jahat’ dan mahkamah tidak akan campur tangan #fb),” katanya.

Muat naik di Facebook

Kenyataan sama turut dimuat naik di laman Facebook menggunaka­n nama Datuk Zaid Ibrahim yang dipercayai milik bekas Ahli Parlimen Kota Bharu merangkap bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri itu.

Difahamkan, ia tanda rasa tidak puas hati susulan keputusan Mahkamah Tinggi menolak permohonan Mohd Zaid untuk mencabar keputusan Peguam Negara, Tan Sri Mohamed Apandi Ali berhubung siasatan kes SRC Internatio­nal (SRC) dan dana RM2.6 bilion, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia