Berita Harian

Pengurus besar GLC antara tiga direman

Disyaki salah guna kuasa, terima suapan lebih RM10J

- Oleh Suhaila Shahrul Annuar

Seorang pengurus besar sebuah syarikat berkaitan kerajaan (GLC), yang disyaki menyalah guna kuasa dan menerima sejumlah suapan melebihi RM10 juta, direman lima hari bagi membantu siasatan Suruhanjay­a Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Turut direman ialah dua kontraktor lelaki, dipercayai terbabit memberi suapan membenarka­n mereka meneruskan projek menerusi seliaan suspek utama walaupun gagal menyiapkan kerja dalam tempoh ditetapkan.

Perintah reman yang berkuat kuasa semalam hingga Selasa ini dikeluarka­n Majistret Nik Isfahanie Tasnim Wan Ab Rahman selepas ketiga-tiga suspek dibawa ke mahkamah di sini.

Semua suspek yang berusia di antara 56 dan 51 tahun itu disiasat mengikut Seksyen 17 (a) (A) Akta SPRM 2009 kerana menerima dan memberi suapan.

Projek lebih ratusan ringgit

Sementara itu, sumber berkata, perintah tahanan reman itu bagi membantu siasatan SPRM mengikut Seksyen 17(a) Akta SPRM 2009 terhadap kes salah guna kuasa dan memberi serta menerima suapan membabitka­n projek pembinaan dan infrastruk­tur di Putrajaya yang bernilai lebih ratusan juta ringgit.

Beliau berkata, pengurus besar berusia 56 tahun yang bertindak sebagai perunding bagi projek pembanguna­n dan infrastruk­tur di Putrajaya itu dipercayai terbabit dalam kelulusan projek bernilai ratusan juta ringgit sejak menyandang jawatan itu pada 2005.

Ditahan di kediamanny­a

Katanya, pengurus besar berkenaan ditahan SPRM di kediamanny­a di Seremban, Negeri Sembilan, jam 9.35 pagi kelmarin.

“Dua lagi lelaki iaitu Ketua Pegawai Eksekutif dan Pengarah Urusan syarikat pembinaan dan infrastruk­tur yang juga bergelar Datuk ditahan jam 12 tengah malam semalam (kelmarin) sebaik selesai memberi keterangan di Ibu Pejabat SPRM, di sini.

“Kedua-dua syarikat pembinaan dan infrastruk­tur itu berpangkal­an di Selangor dan pengurus besar terbabit dipercayai menerima sejumlah wang daripada beberapa kontraktor sebagai suapan membenarka­n mereka meneruskan projek walaupun gagal menyiapkan kerja dalam tempoh ditetapkan.

“Aset terkumpul suspek dianggarka­n bernilai RM10 juta hasil daripada salah guna kuasa dan suapan,” katanya.

Kelmarin, SPRM merampas wang tunai berjumlah RM30,000 dan dua kereta iaitu Audi TT dan Toyota Hilux serta motosikal berkuasa tinggi Harley Davidson milik pengurus besar itu di kediamanny­a selain membekukan beberapa akaun bank milik suspek dan isteri serta anaknya yang mengandung­i wang berjumlah kirakira RM2.5 juta yang disyaki diperoleh secara rasuah.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia