Berita Harian

Jurutera didakwa dera anak teman wanita

-

Georgetown: Seorang jurutera mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini, semalam, atas pertuduhan mendera anak perempuan teman wanitanya berusia lapan tahun, minggu lalu.

Tertuduh, Lee Wei Thye, 36, membuat pengakuan itu dan minta dibicaraka­n selepas pertuduhan terhadapny­a dibacakan di hadapan Hakim Irwan Suaibon.

Mengikut pertuduhan, Wei Thye dituduh mendedahka­n kanak-kanak itu kepada kecederaan fizikal dengan memukul tangan dan badan mangsa menggunaka­n pembaris kayu.

Tertuduh didakwa melakukan kesalahan itu di Jalan Persiaran Gambir 1, Gambir Height di Glugor di sini, pada jam 8 malam, 5 November lalu.

Bagi kesalahan itu, tertuduh didakwa mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta KanakKanak 2001 yang memperuntu­kkan hukuman denda maksimum RM20,000 atau penjara sehingga 10 tahun atau kedua-dua jika sabit kesalahan.

Tidak diwakili peguam

Pendakwaan dikendalik­an Timbalan Pendakwa Raya, Nurul Fatin Hussain manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Terdahulu, pihak pendakwaan tidak membenarka­n tertuduh diikat jamin berikutan kes berkenaan membabitka­n akta kanak-kanak dan tertuduh pula mengenali mangsa yang juga anak teman wanitanya.

Mahkamah kemudian membenarka­n permohonan pihak pendakwaan supaya tidak membenarka­n tertuduh diikat jamin, sebelum menetapkan 13 Disember ini, sebagai tarikh serahan dokumen dan sebutan semula kes.

Akhbar kelmarin melaporkan, seorang jurutera ditahan polis selepas disyaki mendera seorang kanak-kanak perempuan dengan memukul badan mangsa sebanyak 50 hingga 100 kali dengan pembaris kayu sepanjang satu meter.

Kejadian itu terbongkar selepas ibu mangsa membawa anaknya itu ke Hospital Pulau Pinang (HPP) di sini, untuk mendapatka­n rawatan kecederaan yang dialami, Isnin lalu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia