Berita Harian

Konvensyen UPKO dijangka bincang 5 isu utama

-

Penampang: Konvensyen Pertubuhan Pasok Momogun Kadazandus­un Murut Bersatu (UPKO) hari ini dijangka membincang­kan lima isu utama berkaitan kepentinga­n Sabah.

Isu berkenaan ialah pendatang asing tanpa izin, perkongsia­n kuasa, pengagihan kerusi baharu berikutan penambahan jumlah kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN), tanah dan perkara berkaitan dengan hal ehwal anak negeri.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dijadual merasmikan konvensyen itu, jam 10 pagi ini.

Setiausaha Agung UPKO, Datuk Donald Mojuntin, berkata beberapa cadangan berkaitan isu autonomi dan Perjanjian Malaysia 1963 juga akan dibentangk­an dalam konvensyen sehari itu.

Ahli UPKO mahu suarakan

“Ini antara perkara yang ahli UPKO mahu suarakan kepada Perdana Menteri tetapi terpulang kepada Pemangku Presiden UPKO, Datuk Seri Madius Tangau untuk mengulas lanjut isu berkaitan dengan kepemimpin­an tertinggi Barisan Nasional (BN),” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas pelancaran Konvensyen Pemuda, Wanita dan Komulakan UPKO yang dirasmikan Timbalan Presiden UPKO, Datuk Siringan Gubat, di Pusat Kebudayaan Sabah, di sini, semalam.

Turut hadir, Ketua Wanita UPKO, Datin Seri Dr Jaina Sintian; Ketua Pemuda UPKO, Arthur Sen dan Ketua Komulakan UPKO, Ewon Benedick.

Selepas merasmikan Konvensyen UPKO di Pusat Kebudayaan Sabah di sini, Perdana Menteri dijadual merasmikan Persidanga­n Parti Liberal Demokratik (LDP) di Dewan Sekolah Menengah (SM) Kian Kok, Likas, pada sebelah petang.

Mengenai pengagihan kerusi baharu, Donald berharap keinginan UPKO untuk bertanding di beberapa kawasan majoriti Kadazandus­un dan Murut diambil kira bagi memastikan kejayaan BN dalam pilihan raya umum akan datang.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia