Berita Harian

599 terima darjah, pingat Kelantan

Ahmad Yakob ketuai senarai penerima

- Oleh Azman Mahmood

Menteri Besar, Datuk Ahmad Yakob, mengetuai senarai 599 penerima gelaran dan darjah kebesaran, pingat serta bintang sempena Hari Keputeraan Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V Ke-47, semalam.

Ahmad adalah penerima tunggal gelaran Datuk Bentara Kanan, pada majlis penganuger­ahan yang akan berlangsun­g di Istana Balai Besar di sini, hari ini.

Tunku Temenggong Kedah, Tan Sri Tunku Sallehuddi­n Sultan Badlishah, yang juga Pengerusi Jemaah Pemangku Sultan Kedah, pula menjadi penerima tunggal Darjah Kebesaran Mahkota Kelantan Yang Amat Mulia (SPMK) membawa gelaran Datuk.

Darjah Kebesaran Jiwa Mahkota Kelantan Yang Amat Mulia (SJMK) yang membawa gelaran Datuk akan dianugerah­kan kepada Ahli Majlis Perajaan Negeri, Datuk Tengku Faridah Almarhum Sultan Ibrahim; Pengerusi PNB Developmen­t Sdn Bhd, Tan Sri Hamad Kama Piah Che Othman dan Gabenor Bank Negara Malaysia, Datuk Muhammad Ibrahim.

Tiga penerima Darjah Kebesaran Setia Mahkota Kelantan Yang Amat Terbilang (SPSK) yang membawa gelaran Datuk ialah Hakim Mahkamah Rayuan, Datuk Tengku Maimun Tuan Mat; Hakim Mahkamah Rayuan, Datuk Rohana Yusuf dan Ketua Setiausaha Kementeria­n Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Dr Sharifah Zarah Syed Ahmad.

Tiga penerima DPMK

Tiga penerima Darjah Kebesaran Mahkota Kelantan Yang Amat Mulia (DPMK) yang membawa gelaran Datuk ialah Naib Canselor Universiti Teknologi MARA (UITM), Prof Emeritus Datuk Dr Hassan Said; Pesuruhjay­a Kehakiman Mahkamah Tinggi Kota Bharu, Ahmad Bache dan Ketua Pengarah Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancanga­n Pengurusan (MAMPU), Datuk Seri Zainal Rahim Seman.

Seramai 12 penerima Darjah Kebesaran Jiwa Mahkota Kelantan Yang Amat Mulia (DJMK) yang membawa gelaran Datuk termasuk Pengerusi Jawatankua­sa Kesejahter­aan Rakyat, Kesihatan, Alam Sekitar dan NGO negeri, Dr Ramli Mamat; Bendahari Pertubuhan Kerabat Diraja Kelantan Almuhammad­i, Tengku Ibrahim Farihaddin Tengku Feissal; Mudir Pondok Terusan Limbat Wan Mohamed Wan Osman dan Pengerusi Lembaga Tabung Haji, Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim.

Penerima Darjah Kebesaran Kesatria Mahkota Kelantan Yang Amat Perkasa (DPKK) membawa gelaran Datuk ialah Timbalan Ketua Pengarah Operasi Jabatan Arah Kor Agama Angkatan Tentera, Brig Jen Nawawi Daud dan Panglima Markas Briged Artileri Roket, Brig Jen Ahmad Ab Rahman.

Seramai 16 penerima Darjah Kebesaran Setia Mahkota Kelantan Yang Amat Terbilang (DPSK) membawa gelaran Datuk termasuk Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Perbadanan Kemajuan Iktisad Negeri Kelantan (PKINK), Dr Wan Zawawi Ismail.

Yang turut menerima DPSK ialah Ketua Pengarah Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA), Datuk Zaitun Ab Samad; Pengarah Bahagian Khidmat Pengurusan Jabatan Perkhidmat­an Awam (JPA), Datuk Wan Ahmad Dahlan Abd Aziz; Duta Besar Malaysia di Romania, Datuk Tajul Aman Mohammad; Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar & Alumni) Universiti Malaysia Kelantan (UMK), Prof Abdul Aziz Ab Latif dan Yang Dipertua Majlis Perbandara­n Kota Bharu-bandaraya Islam (MPKBBRI), Zamri Ismail.

Darjah kebesaran baharu

Sultan Kelantan juga berkenan mengurniak­an Darjah Kebesaran Jasa Mahkota Kelantan Yang Amat Setia (DPJK) iaitu darjah kebesaran baharu yang diwujudkan tahun ini, juga membawa gelaran Datuk yang dikhaskan kepada anggota pasukan beruniform.

Tujuh penerima DPJK termasuk Ketua Pengarah Penjara, Datuk Seri Zulkifli Omar; Ketua Polis Kelantan, Datuk Dr Ab Rahman Ismail; Ketua Pengarah Agensi Penguatkua­saan Maritim Malaysia (APMM), Laksamana Maritim Datuk Seri Ahmad Puzi Ab Kahar dan Pengarah Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard Polis Diraja Malaysia (PDRM), Datuk Jalaluddin Abdul Rahman.

Seramai 163 orang menerima Bintang Ahli Kelantan (AK) termasuk wartawan New Straits Times (NST) Kelantan, Sharifah Mahsinah Syed Abdullah dan Ketua Biro Sinar Harian Kelantan, Mohd Zailani Abd Rahman.

Seramai 208 menerima Pingat Setia Mahkota Kelantan (PS) termasuk Jurugambar The New Straits Times Press (M) Berhad, Muhamed Fathil Kidir@asri.

 ??  ?? Abdul Azeez Abdul Rahim
Abdul Azeez Abdul Rahim
 ??  ?? Wan Zawawi Ismail
Wan Zawawi Ismail
 ??  ?? Muhammad Ibrahim
Muhammad Ibrahim
 ??  ?? Hassan Said
Hassan Said

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia