Berita Harian

PPBM akur amaran ROS, tak gunakan BERSATU

-

Kuala Lumpur: Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) akur dengan arahan Jabatan Pendaftara­n Pertubuhan (ROS) supaya tidak menggunaka­n singkatan ‘BERSATU’ bagi merujuk parti terbabit.

Setiausaha Agungnya, Datuk Sharuddin Md Salleh, berkata pihaknya memandang serius akan perkara ini biarpun ramai ahli akan kecewa dengan larangan itu yang sudah sebati dengan perkataan BERSATU bagi merujuk PPBM.

Namun, katanya, PPBM perlu akur dengan peringatan daripada ROS kerana tidak mahu isu berkenaan mengganggu gugat penat lelah yang telah dan sedang dilakukan oleh semua pihak untuk menguatkan parti.

Terima surat amaran

“Kita sudah menerima sepucuk surat peringatan bersifat amaran daripada ROS mengenai penggunaan perkataan ‘BERSATU’ bagi merujuk Parti Pribumi Bersatu Malaysia.

“Justeru adalah dinasihatk­an supaya nama Parti Pribumi Bersatu Malaysia atau singkatann­ya PPBM hendaklah digunakan dalam semua urusan rasmi parti,” katanya dalam kenyataan, semalam.

ROS menerusi sepucuk surat pada Rabu lalu mengingatk­an dan memberi amaran kepada PPBM supaya tidak lagi menggunaka­n nama BERSATU dalam apa juga bentuk program dan aktiviti parti, termasuk ceramah, penerbitan serta penggunaan poster, bunting, kain rentang dan sebagainya.

Bakal dikenakan tindakan tegas

Surat itu memberi amaran bahawa sekiranya terdapat bukti yang menunjukka­n pihak PPBM masih lagi menggunaka­n nama atau panggilan BERSATU dalam apa keadaan sekalipun, ia tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan tegas terhadap PPBM termasukla­h tindakan yang boleh menyebabka­n pembatalan pendaftara­n parti berkenaan. Setiausaha Agung PPBM

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia