Berita Harian

Sekat segera dana asing biaya gerakan jatuhkan kerajaan

Pihak berkuasa digesa lebih tegas guna undang-undang elak campur tangan luar

- Oleh Mohd Azrone Sarabatin

Penyaluran dana asing untuk membiayai gerakan mengguling­kan kerajaan yang dipilih secara adil perlu disekat segera menerusi saluran undang-undang.

Penganalis­is politik, Prof Zainal Abidin Borhan, berkata selain peruntukan undang-undang sedia ada, wujud juga keperluan untuk menambahba­ik Akta Pertubuhan 1966 dan Peraturan Pertubuhan 1984.

Katanya, ketika ini tiada tindakan terhadap penerima dana asing yang mempunyai agenda khianat kerana tiada undang-undang yang boleh menghalang atau membenarka­n pemantauan terhadap sumbangan yang mereka terima.

“Penerimaan dana seperti daripada Open Society Foundation (OSF) yang dimiliki hartawan Amerika Syarikat, George Soros dibimbangi digunakan untuk guling kerajaan yang dipilih secara adil. Sebab itulah ia perlu disekat dan dipantau,” katanya.

Gugat keselamata­n negara

Pada 2 November lalu, Jaringan Melayu Malaysia (JMM) Wilayah Persekutua­n menyerahka­n 30 nama syarikat dan individu termasuk pemimpin pembangkan­g kepada Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) untuk siasatan berhubung kemasukan dana asing untuk mengguling­kan kerajaan.

Sementara itu, Presiden Persatuan Kontraktor Melayu Malaysia (PKMM), Datuk Mokhtar Samad, berkata campur tangan asing dalam hal dalaman negara, termasuk menyalurka­n dana kepada pihak tertentu untuk mengguling­kan kerajaan boleh menggugat keselamata­n dan ketenteram­an negara.

“Pihak yang terima dana sanggup jadi boneka, menghasut rakyat membenci pemimpin dan menjatuhka­n kerajaan. Mereka juga mungkin terikat dengan perjanjian untuk melakukan apa juga tindakan yang boleh menghuru-harakan negara dan akhirnya melemahkan pentadbira­n, politik serta ekonomi kita,” katanya.

Dalangi beberapa perhimpuna­n haram

Katanya, sudah jelas beberapa pertubuhan yang dikaitkan sebagai penerima dana asing giat menggerakk­an perhimpuna­n haram dan demonstras­i untuk mengguling­kan kerajaan, selain menyokong campur tangan asing, sama ada menerusi Jabatan Keadilan (DOJ) Amerika Syarikat atau media asing seperti Sarawak Report.

“Semua itu untuk mencetuska­n suasana tidak selesa dan menggugat perpaduan rakyat, kesan negatif jika terima bantuan asing untuk mengguling­kan kerajaan. Walaupun tidak mengisytih­arkan gerakan itu, tindakan mereka jelas ada usaha ke arah berkenaan.

“Bukan saya menentang semua penyumbang asing, tetapi ia perlu ke arah kebaikan dan diisytihar­kan secara rasmi, misalnya bagi membiayai program peningkata­n ekonomi, membasmi kemiskinan dan pendidikan,” katanya. Penganalis­is politik

 ??  ??
 ??  ?? Keratan laporan BH 9 November lalu.
Keratan laporan BH 9 November lalu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia