Berita Harian

Gagal laksana pemodenan punca penternak usaha sendiri

-

Kuala Lumpur: Penternak babi sekitar Tanjung Sepat mendakwa, sudah menunggu sejak 11 tahun lalu untuk Kerajaan Selangor memenuhi janji, melaksanak­an kaedah penternaka­n moden berteknolo­gi hijau di kawasan terbabit.

Namun ketika janji yang dibuat itu belum menjadi realiti, kerajaan negeri dilihat mengulangi­nya lagi apabila isu pencemaran di kawasan terbabit dibangkitk­an pelbagai pihak.

Kegagalan melaksanak­an pemodenan menyebabka­n penternak melakukan pelbagai usaha sendiri demi meneruskan kelangsung­an perusahaan terbabit.

Pengerusi Persatuan Penternak Babi Tanjung Sepat, Chung Hock Meng, berkata pihaknya tidak mengetahui mengapa punca penternaka­n moden yang dirancang, tidak dilaksanak­an walaupun pelbagai usaha termasuk lawatan ke Jerman, sudah dibuat lebih sedekad lalu.

Katanya, projek itu diumumkan Kerajaan Selangor untuk dibangunka­n sebuah syarikat dengan kerjasama Jabatan Perkhidmat­an Veterinar (JPV), namun usaha itu gagal direalisas­ikan apabila didakwa berdepan kekangan dan beberapa masalah.

Masih tertangguh

“Kami menyambut baik ketika projek itu diumumkan kerana beranggapa­n ia adalah usaha terbaik untuk kepentinga­n semua pihak, khususnya penternak dan penduduk.

“Namun projek itu masih tertangguh, sedangkan kami sudah menunggu lama ia disiapkan. Situasi itu memaksa kami meneruskan apa yang sudah dilakukan sehingga saat ini.

“Projek juga ini sepatutnya diuruskan JPV tetapi tiada perkembang­an lanjut disampaika­n kepada kami,” katanya ketika dihubungi BH, semalam.

Mengulas lanjut pemodenan yang dirancang sejak lebih sedekad itu, Hock Meng mendakwa, mereka dan beberapa wakil penduduk termasuk ketua kampung orang Melayu dibawa ke Jerman untuk melihat sendiri penternaka­n babi moden di negara terbabit.

“Semua perancanga­n sudah ada untuk membina kandang moden seperti di Jerman tetapi projek itu masih belum berjalan,” katanya yang mendakwa ada syarikat swasta mahu menjayakan projek terbabit.

Hock Meng menyifatka­n, pemilihan Ladang Tumbuk sebagai lokasi penempatan semula kandang babi adalah terbaik kerana kawasan itu berada dalam estet yang jauh daripada penempatan masyarakat Melayu.

“Bagi kami lokasi itu baik kerana sudah ada kandang babi yang banyak di situ, malah tiada rumah di kawasan sekitar.

“Beberapa kandang yang ada di luar termasuk sekitar Tanjung Layang boleh dipindahka­n ke situ,” katanya yang mendakwa Jabatan Perkhidmat­an Veterinar sentiasa memeriksa kawasan ternakan sekitar Batu Laut tetapi isu pencemaran tidak pernah berbangkit dalam pemeriksaa­n itu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia