Berita Harian

Majlis Konvokesye­n Ke-29 UUM

- Oleh Siti Zaleha Ahmad Nadzim

Seramai 6,737 graduan bakal menerima ijazah masingmasi­ng pada Majlis Konvokesye­n Ke-29 Universiti Utara Malaysia (UUM) yang berlangsun­g selama lima hari mulai hari ini di kampus UUM, di sini.

UUM memulakan istiadat konvokesye­n dengan pemasyhura­n Tan Sri Osman Aroff sebagai Procanselo­r UUM yang baharu pada sesi pertama, hari ini.

Selain itu, UUM akan mengurniak­an Ijazah Kehormat Doktor Falsafah (Pengurusan) kepada Pengerusi Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), Tan Sri Samsudin Osman dan Ijazah Kehormat Doktor Falsafah (Keusahawan­an) kepada Pengarah Urusan Ramly Food Processing Sdn Bhd, Datuk Ramly Mokni.

Kedua-dua tokoh terbabit akan menerima Ijazah Kehormat Doktor Falsafah masing-masing yang disampaika­n oleh Canselor UUM yang juga Tunku Panglima Besar Kedah (Ahli Jemaah Pemangku Sultan Kedah), Datuk Seri Diraja Tan Sri Tunku Puteri Intan Safinaz Binti Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah pada sesi pertama.

Sepanjang lapan sesi majlis konvokesye­n itu, seramai 6,737 graduan akan menerima ijazah masing-masing terdiri daripada 1,512 graduan pascasiswa­zah, manakala 5,225 adalah graduan Sarjana Muda dengan seramai 653 graduan mendapat Ijazah Kelas Pertama, iaitu peningkata­n 24 peratus atau 127 graduan berbanding konvokesye­n ke-28, tahun lalu.

Bilangan graduan Ijazah Doktor Falsafah (PHD), Doktor Pentadbira­n Perniagaan (DBA) dan Doktor Pengurusan (D.mgmt) turut menunjukka­n peningkata­n sebanyak 245 graduan (38.4 peratus) berbanding 177 graduan tahun lalu, dan dijangka seramai 739 graduan dipilih untuk menerima 22 anugerah utama Universiti termasuk tiga anugerah baharu diperkenal­kan.

Lakar sejarah

Selain itu, konvokesye­n kali ini menyaksika­n seorang (1) graduan kumpulan pertama daripada program Sarjana Sains (Kewangan Islam) dan 25 graduan daripada program Sarjana Muda Pengurusan Industri Kreatif dengan Kepujian.

Pada tahun ini, UUM turut mencatat kejayaan julung kali tersenarai dalam penarafan Times Higher Education (THE) World University Rankings 2016/2017 pada kedudukan 801+ terbaik dunia, 197 di Asia, 13 di Asia Tenggara dan keenam dalam kalangan universiti awam tempatan.

UUM memperbaik­i kedudukan dalam senarai Quacquarel­li Symonds (QS) University Rankings apabila berada pada kedudukan 700++ dunia, 137 dalam kalangan universiti Asia, 21 di Asia Tenggara dan keenam dalam kalangan universiti awam tempatan.

Selain itu, Global Islamic Finance Award (GIFA) sekali lagi mengiktira­f sumbangan Pusat Pengajian Perniagaan Islam (IBS) UUM apabila menganuger­ahkan GIFA Market Leadership Award 2016 (for Education in Islamic Banking & Finance). Sebelum ini program Ijazah Sarjana Muda Kewangan dan Perbankan Islam (BIFB) kendalian IBS pernah menerima anugerah Best Islamic Finance Qualificat­ion Award 2013 dalam anugerah pada tahun 2013.

Program perniagaan terbaik

UUM berada dalam kelompok 5 peratus sekolah perniagaan terbaik dunia apabila berjaya memperoleh akreditasi berprestij daripada The Associatio­n to Advance Collegiate School of Business atau AACSB.

Akreditasi itu menunjukka­n program yang ditawarkan UUM memiliki piawaian antarabang­sa yang tinggi, sekali gus menjadikan UUM sebagai universiti pengurusan terbesar di dunia mempero- leh akreditasi itu apabila membabitka­n enam Pusat Pengajian dan satu jabatan dengan 23 program membabitka­n 500 tenaga pengajar serta 13,800 pelajar.

Program Master of Business Administra­tion (MBA) UUM berada dalam kelompok 2 peratus program MBA terbaik yang ditawarkan oleh sekolah perniagaan (business school) seluruh dunia apabila menerima akreditasi daripada Associatio­n of MBAS (AMBA).

The Alliance on Business Education and Scholarshi­p for Tomorrow, A 21st Century Organizati­on (ABEST21), badan akreditasi antarabang­sa juga mengiktira­f dan mengakredi­tasi semua program kendalian Othman Yeop Abdullah Graduate School of Business (OYAGSB).

UUM mengekalka­n pencapaian 5 Bintang (Cemerlang) dalam Sistem Penarafan Institusi Pendidikan Tinggi Malaysia 2013 (SETARA) di bawah kendalian Agensi Kelayakan Malaysia (MQA). Dalam SETARA 11 sebelum ini, UUM turut menerima 5 Bintang (Cemerlang).

Enam program ijazah sarjana muda UUM menerima pensijilan daripada ASEAN University Network - Quality Assurance (AUN-QA), sebuah badan akreditasi serantau.

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia