Berita Harian

Usahawan wanita India digesa bijak rebut peluang

Mereka perlu keluar daripada zon selesa, sedia hadapi cabaran dunianiaga

- Oleh Nurul ‘Aniqah Sazale

Usahawan wanita perlu peka kepada peredaran zaman dan keluar daripada zon selesa serta berfikiran secara kritis dan konstrukti­f dalam menghadapi cabaran dunia perniagaan.

Isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor, berkata wanita hari ini perlu sedar bahawa cabaran yang akan ditempuhi pada masa hadapan amat mencabar dan semakin kompleks.

“Kita perlu menyahut cabaran ini dengan meningkatk­an lagi kemahiran, pengetahua­n dan bersedia menerima perubahan teknologi serta sentiasa berkongsi pandangan untuk mencapai kejayaan.

Keluar dari zon selesa

“Mahu tidak mahu, kita perlu keluar daripada zon selesa dan berfikiran di luar kotak untuk masa depan yang lebih cerah,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika merasmikan majlis Memacu Kejayaan RM100 juta anjuran bersama Sekretaria­t Khas untuk Memperkasa­kan Usahawan India (SEED), Amanah Ikhtiar Malaysia dan Gabungan Dewan Perniagaan dan Perindustr­ian India Malaysia (MAICCI) di Dewan Perdana, Kementeria­n Perdaganga­n Antarabang­sa dan Industri (MITI), di sini.

Katanya, wanita India juga harus bijak mengambil peluang yang disediakan agensi SEED supaya dapat melonjakka­n kebolehsai­ngan usahawan ke tahap lebih tinggi.

“SEED berperanan sebagai ejen penghubung dalam memastikan usahawan India dapat berurusan dengan pihak kerajaan, swasta dan agensi berkaitan dengan lebih mudah.

“SEED sudah pun membantu lebih daripada 28,000 usahawan India Malaysia,” katanya.

SEED adalah inisiatif Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak bertujuan menerajui, memacu dan menyelaras pembabitan usahawan India dalam teras agenda pembanguna­n ekonomi negara.

Sekretaria­t itu ditubuhkan sebagai unit strategik di Jabatan Perdana Menteri pada 1 Ogos 2012 untuk memberi bimbingan dan maklumat secara terperinci mengenai pinjaman dan bantuan kerajaan untuk usahawan India.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia