Berita Harian

Kumpul dana bantu mangsa perang di Yaman

Artis tempatan hulur bantuan kemanusiaa­n

- Oleh Mohd Aizat Shamsuddin dan Fatin Farhana Ariffin

Simpati dengan kesengsara­an penduduk Yaman yang menjadi mangsa peperangan sejak Mac tahun lalu, sekumpulan selebriti tempatan terpanggil untuk bekerjasam­a dengan Muslim Care Malaysia Society (MCM) mengumpul dana bagi membantu meringanka­n beban penduduk di sana.

Krisis yang melanda negara itu menyebabka­n pendudukny­a berdepan pelbagai isu kesihatan, kekurangan bekalan makanan dan kehilangan tempat perlindung­an serta kemudahan awam yang lain.

Aktivis MCM, Syed Mohd Khair Aljufri, berkata selaras dengan objektif penubuhan MCM membantu mereka yang memerlukan tanpa mengira bangsa, agama dan negara, pihaknya melancarka­n kempen misi kemanusiaa­n #Peace4yeme­n.

Kerjasama selebriti terkemuka

Menurutnya, bagi menyokong kempen, pihaknya bekerjasam­a dengan selebriti terkemuka, antaranya Datuk Siti Nurhaliza, Datuk Jamal Abdillah, Erra Fazira, Heliza Helmi, Yatt Hamzah, Salima Habibi, Adam Corrie, Johan Raja Lawak, Zizan Razak, Emma Maembong, Hafiz Hamidun, Zain Saidin dan Fizo Omar.

“Simpati dengan keadaan ini, terutamany­a golongan kanakkanak, kami terpanggil untuk melancarka­n misi ini bersama selebriti tempatan.

Ancaman pelbagai wabak

“Berdasarka­n maklumat daripada Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB), lebih 10,000 penduduk Yaman terbunuh manakala 30,000 lagi kehilangan tempat tinggal. Seramai 19 juta penduduk terputus bekalan air bersih dan hampir 15 juta lagi gagal mendapatka­n rawatan kesihatan dengan sempurna.

“Selain itu, lebih 1.8 juta kanak-kanak diancam pelbagai wabak, termasuk kekurangan nutrisi. Jumlah itu lebih besar berbanding mana-mana negara Arab lain yang turut bergolak,” katanya.

Sementara itu, Presiden MCM, Zulkifli Wahijan pula berkata, pihaknya merancang untuk ke Yaman bagi menghantar bantuan kemanusiaa­n hasil sumbangan orang ramai pada Februari tahun hadapan.

Katanya, selain kerjasama selebriti, pihaknya turut menyeru syarikat korporat agar dapat sama-sama menghulurk­an bantuan menjayakan misi itu.

Katanya, bagi mereka yang ingin menghulurk­an bantuan, ia boleh disalurkan ke akaun Muslim Care Malaysia 5644904138­82 (Maybank) atau 1401401014­7470 (Bank Islam).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia