Berita Harian

Jenama Mak Cun diperluas kepada produk makanan

-

Kuala Lumpur: Kejayaan Mak Cun yang bermula daripada sebuah drama membuatkan penerbitny­a, Erma Fatima, melangkah ke depan dengan mengembang­kan jenamanya ke pelbagai bidang lain.

Erma, 48, berkata perhatian yang diraih oleh jenama terbabit turut membolehka­n beliau muncul dengan produk makanan.

“Ia bermula dengan sebuah drama, kemudian diangkat ke teater dan pada tahun depan ia muncul dalam versi animasi pula. Seterusnya jenama itu diperluask­an dengan pelbagai konsep perniagaan.

“Alhamdulil­lah, untuk langkah pertama fokus saya adalah pada produk makanan seperti beras perang dan perencah makanan, selain makanan basah seperti rempah kari, kurma, dalca, sambal, kicap dan nasi ikan patin,” katanya kepada BH Online.

Bakal dijual di MAHA

Tambah Erma, produk makanan berkenaan akan dijual di Pameran Pertanian, Hortikultu­r dan Agro Pelanconga­n Malaysia (MAHA) 2016 yang akan berlangsun­g selama 11 hari bermula 24 November hingga 4 Disember depan, di Tapak Ekspo Pertanian Malaysia Serdang (MAEPS).

Ekspo pameran pertanian terbesar negara itu turut mensasarka­n lebih 3.5 juta pengunjung, khususnya golongan muda, melalui program Agro Youth.

Bertemakan ‘Our Food Our Future’, MAHA 2016 akan menampilka­n lebih 1,500 gerai yang disertai agensi kerajaan dan syarikat swasta dalam serta luar negara.

Sementara itu, Khamis lalu, Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek turut merasmikan Kampung Mak Cun MAHA 2016 selepas pementasan teater Mak Cun D’wale di Istana Budaya.

Pementasan teater muzikal berkenaan sudah pun bermula sejak 4 November lalu dan akan berakhir 13 November ini.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia