Berita Harian

Penyatuan cinta dua tahun Amar, Amyra

Pasangan ikat pertunanga­n 22 Julai lalu dinikahkan sendiri bapa pengantin

- Oleh Muhamad Fairoz Azizan

Selepas dua tahun menjalin percintaan, akhirnya pasangan pelakon, Amar Baharin, 31, dan Amyra Rosli, 25, disatukan sebagai suami isteri, semalam.

Pada majlis yang berlangsun­g selepas Asar di sebuah hotel terkemuka di ibu kota, Amar sah bergelar suami kepada Amyra atau nama sebenarnya Nur Amirra Izzati Rosli hanya dengan sekali lafaz.

Pasangan yang mengikat tali pertunanga­n pada 22 Julai lalu itu dinikahkan sendiri bapa Amyra, Rosli Awang, dengan disaksikan Pendaftar Perkahwina­n, Perceraian dan Rujuk, Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutua­n, Hazman Hashim.

Pada acara yang dihadiri keluarga dan sanak-saudara kedua-dua pengantin, pelakon wanita itu menerima mas kahwin RM1,111 selain lima dulang hantaran berbalas tujuh.

Amyra juga menerima wang hantaran berjumlah RM50,000 dan sebentuk cincin.

Sikap budiman

Amyra berkata, keperibadi­an dan sikap budiman Amar membuatkan hatinya terpaut kepada pemuda itu.

“Tidak sangka saya kini sudah bergelar isteri. Alhamdulil­lah, segala perancanga­n dan persiapan yang diatur berjalan lancar. Amar sentiasa mendahuluk­an Amyra dalam membuat sebarang tindakan. Malah, personalit­inya saling tidak tumpah seperti ayah,” katanya.

Amar yang mula rapat dengan Amyra ketika disatukan dalam drama Suamiku Encik Sotong pula berkata, hubungan itu semakin intim apabila keduaduany­a diuruskan oleh ibu aktres terbabit.

Tertarik kewanitaan

“Saya tertarik dengan Amyra kerana beliau mempunyai sifat kewanitaan dan dapat menerima diri saya seadanya,” katanya yang akan membawa Amyra berbulan madu ke Tokyo, Jepun pada 24 November ini selama seminggu.

Majlis bersanding di sebelah pengantin perempuan akan berlangsun­g di lokasi sama, esok, manakala majlis menyambut menantu di sebelah pihak lelaki pula bakal diadakan di Ampang, Selangor, pada 19 November ini.

Pasangan ini juga akan mengadakan majlis resepsi di Singapura pada 3 Disember depan, hasil kerjasama kelab peminat mereka di sana.

 ?? [FOTO MUHD ZAABA ZAKERIA/BH] ?? Amar dan Amyra selepas selesai majlis akad nikah.
[FOTO MUHD ZAABA ZAKERIA/BH] Amar dan Amyra selepas selesai majlis akad nikah.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia