Berita Harian

230,000 kes rampasan barang larangan direkod

Prosedur pemeriksaa­n lebih ketat di KLIA, klia2 patuhi standard ICAO

- Oleh Syed Azwan Syed Ali

Lebih 230,000 kes rampasan barang larangan direkodkan di Lapangan Terbang Antarabang­sa Kuala Lumpur (KLIA) dan klia2 sepanjang tahun lalu hasil komitmen pengendali lapangan terbang itu terhadap peningkata­n keselamata­n pintu masuk utama negara.

Jumlah rampasan di KLIA dan klia2 itu mewakili 92.7 peratus daripada keseluruha­n 251,427 kes rampasan barang larangan di lapangan terbang tahun lalu ekoran penguatkua­saan oleh Malaysia Airports Holdings Berhad (MAHB).

Daripada jumlah itu, 215,444 barang larangan seperti gunting, pisau lipat, pemutar skru dan pisau cukur dibawa penumpang dirampas di klia2 dan 17,736 kes rampasan di KLIA.

Bakinya membabitka­n di 37 lapangan terbang domestik dan antarabang­sa di bawah pengawasan MAHB, operator lapangan terbang yang kini melalui proses tranformas­i menjadi penyedia perkhidmat­an kelas pertama di rantau ini.

Pengurus Besar Keselamata­n Penerbanga­n (AVSEC) MAHB, Rosli Mohd Isa, berkata rampasan itu menggambar­kan komitmen pihaknya bagi memastikan keselamata­n penumpang dan pesawat sekali gus memastikan keselesaan perjalanan penumpang.

Menyalahi undang-undang

“Gunting, pisau lipat atau pemutar skru boleh membawa kepada actof unlawful interferen­ce (tindakan menyalahi undang-undang). Ia adalah risiko yang tidak boleh kita benarkan untuk pastikan pesawat selamat,” katanya kepada BH.

“Kawasan lapangan terbang terbahagi dua iaitu ‘landside’ dan ‘airside’. landside ialah kawasan orang awam tiada akses, manakala airside kawasan keselamata­n terhad (RSA) bererti nak masuk kena melalui pemeriksaa­n keselamata­n.”

“Malah anggota polis sekalipun kalau nak masuk ke kawasan itu, kena ada pas khas. Kalau tiada pas (atau dokumen) bermakna individu itu menceroboh,” katanya.

Beliau berkata, keselamata­n kawasan airside dikawal polis bantuan MAHB, manakala kawasan landside di sekitar perimeter lapangan terbang pula dikawal dengan kerjasama dengan agensi keselamata­n lain.

Setiap penumpang yang naik atau turun pesawat perlu melalui prosedur keselamata­n ketat termasuk pemeriksaa­n badan dan bagasi bagi mengesan senjata atau bahan larangan tidak dibawa yang boleh menjurus kepada perlakuan sabotaj atau rampasan pesawat atau lapangan terbang.

“Adalah penting bagi pengguna lapangan terbang untuk memahami bahawa di lapangan terbang, ada beberapa checkpoint keselamata­n yang harus dilalui selain dari pemeriksaa­n oleh pihak keselamata­n lapangan terbang (AVSEC) sahaja seperti imigresen dan Jabatan Kastam Diraja Malaysia,” katanya.

Prosedur pemeriksaa­n keselamata­n di lapangan terbang di Malaysia adalah mengikut standard Pertubuhan Penerbanga­n Awam Antarabang­sa (ICAO) yang diguna pakai di peringkat antarabang­sa dan domestik di seluruh dunia.

“Ini termasuk pemeriksaa­n fizikal (badan) yang perlu dilakukan sekalipun penumpang telah melepasi alat pengesan keluli (metal detector).

“Orang tak nampak kenapa buka tali pinggang (apabila melalui pemeriksaa­n)

 ??  ?? Pembantu Keselamata­n Penerbanga­n KLIA membuat pemeriksaa­n pada penumpang KLIA sebelum meneruskan penerbanga­n ketika tinjauan mengenai kawalan keselamata­n di lapangan terbang.
Pembantu Keselamata­n Penerbanga­n KLIA membuat pemeriksaa­n pada penumpang KLIA sebelum meneruskan penerbanga­n ketika tinjauan mengenai kawalan keselamata­n di lapangan terbang.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia