Berita Harian

SKMM sekat 12,449 nombor telefon promosi judi

Maklumat disalur kepada PDRM untuk siasatan aktiviti dalam talian

- Oleh Baharom Bakar

Suruhanjay­a Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) menyekat 12,449 nombor telefon atas kesalahan mempromosi­kan judi atas talian sejak 2015 hingga September lalu.

Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Jailani Johari, berkata SKMM menerima sebanyak 1,161 aduan daripada orang ramai mengenai aktiviti promosi judi atas talian sejak tahun lalu.

Beliau berkata, kerajaan menyalurka­n maklumat mengenai promosi perjudian atas talian kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk siasatan mengikut Akta Rumah Perjudian Terbuka 1953.

“Kerajaan juga sentiasa menjalinka­n kerjasama dengan PDRM untuk menangani ancaman pemahaman ekstrem Daesh melalui telefon.

“Saya sendiri diberi tanggungja­wab oleh kerajaan untuk mempengeru­sikan Mesyuarat Jawatankua­sa Pelan Tindakan Komunikasi menangani fahaman ekstremis,” katanya.

Program persiapan banjir

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan program Community Policing, Pencegahan Jenayah dan Persiapan Banjir 2016 serta program menyusuri sungai di Dewan Sivik Kampung Kuala Telemong di sini, semalam.

Yang turut hadir Ketua Polis Terengganu, Datuk Rosli Abd Rahman dan Pengarah Jabatan Kemajuan Masyarakat (JKM) negeri, Dr Faridah Mat.

Jailani yang juga Ahli Parlimen Hulu Terengganu berkata, tanggungja­wab mencegah jenayah dan mengekalka­n tahap keselamata­n tidak sewajarnya dibebankan kepada PDRM semata-mata.

Katanya, SKMM sentiasa bekerjasam­a dengan PDRM dalam menangani perlakuan jenayah.

Banteras dakyah Daesh

“Antara perlakuan jenayah yang diberi keutamaan kerajaan adalah membantera­s kegiatan judi melalui internet dan menyekat ancaman pemahaman ekstrem Daesh, selain menyekat penyebaran berita palsu dan fitnah yang boleh menggugat keamanan dan keutuhan demokrasi berparlime­n di negara ini,” katanya.

Jailani berkata, kerjasama sedang giat dilakukan meliputi aspek pemantauan, pengesanan dan perkongsia­n maklumat, forensik digital serta mengambil tindakan menamatkan nombor telefon yang digunakan dalam perlakuan jenayah selain menyekat akses terhadap laman sosial.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia